• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pelaksanaan 5G Pacu Permintaan Terhadap Rangkaian Gentian Optik

in Catalyst
A A
Pelaksanaan 5G Pacu Permintaan Terhadap Rangkaian Gentian Optik

Sumber: forbes.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) – Pelaksanaan rangkaian teknologi selular generasi kelima (5G) dijangka memacu permintaan bagi rangkaian gentian optik, sekali gus memberi manfaat kepada aspek ketersambungan negara dan penyedia prasarana digital, Telekom Malaysia Bhd (TM) serta penggiat talian tetap, demikian menurut firma penyelidikan.

Ini susulan pengumuman kerajaan membabitkan 5G di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia bersempena pelancaran agenda MyDIGITAL pada minggu lepas.

Sejajar usaha itu, kerajaan turut mewujudkan Syarikat Tujuan Khas Milik Kerajaan Malaysia (GOMSPV) bagi menerajui serta memantau pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun dengan pelaburan sebanyak RM15 bilion.

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) dalam nota penyelidikannya pada Selasa, optimis bahawa sebahagian besar daripada inisiatif MyDIGITAL akan memberi kesan neutral terhadap pengendali mudah alih manakala TM akan meraih mendapat manfaat susulan langkah pajakan gentian optiknya kepada GOMSPV bagi tujuan pelaksanaan 5G.

“Kami turut mengunjurkan permintaan lebih kukuh terhadap pusat-pusat data TM apabila kerajaan memindahkan 80 peratus data awam ke dalam pengkomputeran awan hibrid menjelang akhir 2022,” katanya.

CGC-CIMB yang mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor itu berkata ketidaktentuan utama adalah dari segi kecekapan kos bagi pelaksanaan rangkaian 5G tersebut.

“Sebahagian daripadanya bergantung kepada sejauh mana bayaran GOMSPV untuk memajak infrastruktur sedia ada serta daripada siapa.

“Ini kerana pelaksanaan yang membabitkan kos tinggi akan menjurus kepada peningkatan fi akses serta mengurangkan manfaat penjimatan kos bagi syarikat-syarikat telekomunikasi yang pada masa sama perlu berdepan harga runcit lebih rendah berikutan kekurangan perbezaan rangkaian,” katanya.

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) yang turut berkongsi saranan sama ‘neutral’ terhadap sektor tersebut, pula berpendapat bahawa risiko utama adalah mengenai kemampuan GOMSPV melaksanakan 5G berkenaan.

“Sumber pembiayaan GOMSPV itu pada masa ini masih kurang jelas dengan pengendalinya menolak penggunaan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat, cukai baharu dan suntikan langsung kerajaan.

“Pada pandangan kami, usaha pengumpulan dana menerusi pasaran saham akan memerlukan GOMSPV menjadi lebih berorientasikan keuntungan yang akan terarah kepada peningkatan fi akses. Ini bertentangan dengan objektif keterangkuman data dan pembinaan negara yang menjadi model pelaksanaan usaha ini.”

Bagaimanapun, Maybank IB berkata secara keseluruhannya, model borong GOMSPV yang mana syarikat-syarikat telekomunikasi mendapat akses rangkaian dengan termanya sedang dirangka, akan ‘melepaskan’ syarikat terbabit daripada perbelanjaan modal 5G dan mengurangkan tekanan pulangan dalam jangka terdekat.

– BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In