• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Tinggi Seketika Sebelum Menyusut Kerana Aktiviti Jualan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) – Bursa Malaysia dibuka kukuh seketika pada pagi urus niaga Isnin sebelum menyusut selepas indeks utama terjejas oleh aktiviti jualan membabitkan kaunter perbankan berwajaran tinggi, didahului oleh Maybank dan Public Bank.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.04 mata atau 0.13 peratus kepada 1,582.89 daripada 1,584.93 ketika ditutup pada petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.58 mata lebih tinggi pada 1,587.51.

Pergerakan harga pasaran bagaimanapun positif dengan sentimen pasaran secara keseluruhannya dirangsang oleh ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada Ahad.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 404 berbalas 219 manakala 323 kaunter tidak berubah, 1,250 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 807.75 juta unit bernilai RM308.36 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd percaya pelancaran vaksin kebangsaan pada Rabu yang lebih awal daripada dijadualkan, diikuti dengan penurunan jumlah kes COVID-19 akan membantu meningkatkan sentimen pasaran.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM7.99, Public Bank menyusut dua sen kepada RM4.11, Petronas Chemicals jatuh lapan sen kepada RM7.41, Top Glove lebih rendah 16 sen kepada RM5.89 sementara Tenaga meningkat lima sen kepada RM9.93.

Saham paling cergas pula, waran Dagang Nexchange naik empat sen kepada 34.5 sen, EA Holdings dan Velesto, masing-masing menokok setengah sen kepada lima sen dan 17.5 sen, Nexgram satu sen lebih kukuh kepada lima sen dan OCK Group menambah 4.5 sen kepada 56 sen.

Saham yang mencatatkan keuntungan tertinggi ialah MPI, naik 36 sen kepada RM38.76 sementara MI Technovation saham paling rugi, merosot 34 sen kepada RM4.64.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 4.06 mata kepada 11,645.67, Indeks FBMT 100 memperoleh keuntungan kecil sebanyak 0.22 mata kepada 11,320.56 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 6.53 mata kepada 13,125.62.

FBM 70 meningkat 57.17 mata kepada 15,416.52 dan FBM ACE mengembang 61.34 mata kepada 11,309.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 47.68 mata kepada 14,825.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.24 mata kepada 182.03 sementara Indeks Perladangan mengukuh 8.76 mata kepada 7.197.81.

– BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In