• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Top-Down Approach Seorang Pelabur Saham

in Fundamental Analisis
A A
Top-Down Approach Seorang Pelabur Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Data dan statistik menunjukkan lebih daripada 60% pelabur saham akan menyerah kalah dan meninggalkan dunia pelaburan saham selepas kerap mengalami kerugian dalam pelaburan mereka.

Kebanyakan daripada mereka gagal kerana:

  • Tidak cukup ilmu dalam dunia saham
  • Tiada strategi pelaburan yang jelas
  • Tiada pengalaman berdepan situasi kritikal
  • Tiada mentor untuk dijadikan panutan dan rujukan

Berbalik kepada bab strategi pelaburan, kebanyakan pelabur sering memandang remeh perkara ini dan akhirnya mengundang masalah di kemudian hari pada pelabur tersebut.

Kesannya, mereka tidak tahu untuk berbuat apa bila mana portfolio pelaburan mereka rugi sehingga menelan hampir separuh daripada modal pelaburan mereka.

Berikut merupakan strategi pelaburan pasaran saham yang anda boleh cuba untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.

Strategi Top-Down Approach

Antara strategi atau cara menganalisa yang sangat penting sebagai seorang pelabur adalah strategi Top-Down Approach.

Strategi ini akan menganalisa pasaran secara komprehensif untuk mengenal pasti gambaran pasaran yang lebih besar yang mendorong kepada keputusan akhir dalam pelaburan.

Top-down approach ini biasanya dikaitkan dengan makroekonomi yang melihat faktor terbesar yang mempengaruhi ekonomi secara keseluruhan.

Strategi ini akan mengambil kira beberapa faktor yang penting seperti:

  1. Kadar Inflasi
  2. Kadar pengangguran
  3. Kadar faedah semasa
  4. Kadar pertumbuhan Gross Domestic Product (GDP)

Secara ringkasnya, strategi top-down approach ini terbahagi kepada tiga bahagian dan kategori seperti gambar di bawah.

Kajian top-down approach ini menyarankan kita untuk membuat kajian terhadap keadaan ekonomi semasa dan global untuk mengetahui perkembangan atau catalyst semasa.

Kemudian kita perlu perhatikan sektor yang terlibat dengan catalyst semasa dan akhirnya barulah kita membuat kajian yang lebih terperinci terhadap saham syarikat yang berkaitan.

Sebagai seorang pelabur, kita perlu mengetahui faktor ekonomi semasa yang akan mempengaruhi emosi dan menggerakkan pasaran saham.

Untuk kita mendapatkan maklumat ini, kita boleh menggunakan portal yang menyajikan berita ekonomi terkini setiap hari seperti:

  1. Investing.com
  2. CNBC
  3. KLSE Screener
  4. The Star
  5. Malaysiatock.biz
  6. Bursa Marketplace

Daripada portal-portal di atas, kita perlu tahu yang mana satu sesuai untuk digunakan untuk tiga kategori ringkas seperti yang diterangkan di atas agar lebih mudah untuk kita membuat kajian kelak.

Jangan risau, artikel ini akan memudahkan kerja anda dengan mencadangkan webiste yang sesuai mengikut tiga kategori yang diterangkan di atas.

Berikut merupakan cadangan portal yang untuk kita membuat kajian dengan strategi top-down approach ini.

Kajian Ekonomi Dan Global

Sumber: The World Bank

Sumber: World Oil

Berita tentang pemulihan ekonomi dan pengurangan minyak mentah dunia oleh OPEC ini merupakan berita yang disiarkan secara global.

Berita seperti ini memberi impak besar terhadap harga minyak mentah dunia. Ini merupakan catalyst yang baik kepada industri minyak tempatan.

Kajian Industri Tempatan

Sumber: The Star

Akhbar tempatan juga menunjukkan sentimen yang positif terhadap industri minyak tempatan.

Bahkan, institusi penyelidik pasaran juga telah memberikan beberapa saranan dan saham pilihan mereka mengikut disiplin dan syarat tertentu.

Oleh itu, kita boleh menggunakan saham yang dicadangkan untuk dikaji dengan lebih terperinci lagi dengan melihat kepada fundamental dan juga berita yang terkini yang berkaitan dengan syarikat tersebut.

Kajian Terhadap Syarikat

Sumber: KLSE Screener

Berikut merupakan maklumat yang boleh kita perolehi tentang syarikat tempatan yang terlibat dalam industri minyak mentah seperti yang disarankan oleh institusi penyelidik di atas.

Seterusnya, kita boleh letakkan saham ini dalam senarai pendek saham yang boleh dibeli kelak setelah beberapa kajian lain dilakukan.

Berikut merupakan strategi top-down approach yang ringkas yang boleh dilakukan oleh seorang pelabur.

Banyak lagi strategi pelaburan yang ada di luar sana, malah kita boleh mencari semua ilmu ini hanya dengan menggunakan internet.

Tetapi carian anda seolah meraba – raba dalam kegelapan tanpa ada cahaya yang menyuluh jalan pelaburan saham anda.

“Dalam pelaburan saham, seorang guru atau mentor mampu memendekkan proses pembelajaran anda daripada 3 tahun kepada 6 bulan – 1 tahun sahaja”

Justeru, adalah penting untuk kita mempunyai guru atau mentor dalam apa sahaja bidang yang kita lakukan lebih-lebih lagi dalam dunia pelaburan saham.

Guru atau mentor inilah akan menjadi penyuluh kepada kegelapakan kita dan memandu dalam usaha kita mencari ilmu di dunia ini.

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan. Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita guna?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout. Bukan nak kata teknik ini 100% confirm jadi, tetapi ini antara teknik paling berkesan.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal juga gunakan teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share495ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In