• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Tragedi Saham FGV, Harga Saham FGV Jatuh Sejak IPO

in Saham
A A
Tragedi Saham FGV, Harga Saham FGV Jatuh Sejak IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Bro beli je saham IPO, confirm boleh buat duit. Betul ke?”

Pada tahun 2020, kebanyakan saham-saham IPO memberikan keuntungan kepada para pemegang saham. Orang kata asal beli IPO saja, hampir pasti akan membuat keuntungan di hari pertama ianya disenaraikan.

Jikalau begini mesti semua orang berebut nak beli saham IPO betul tak?

Tunggu sebentar. Bukan semua saham IPO mampu memberi 100% keuntungan.

Tahukah anda ada juga saham yang membuat kejatuhan dalam harga sahamnya sejak hari pertama disenaraikan dan sehingga kini tidak pernah kembali ke harga tersebut.

Nak tahu apa saham tersebut?

Saham tersebut adalah saham FGV.

Sumber: Iluminasi

Tunggu sebentar. Sebelum pembaca terkeliru di antara FGV dengan Felda, tahukah anda Felda dan FGV adalah dua entiti yang berbeza?

Baca : Felda & FGV. Dua Entiti Yang Berbeza

Nak tahu betapa hebatnya FGV ketika itu, FGV merupakan syarikat IPO kedua terbesar dunia pada tahun 2012. Saham Facebook juga diapungkan pada tahun yang sama ketika FGV mula-mula diapungkan.

“Pada tahun 2012, FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook.”

Baca : Felda Global Ventures’ RM10bil IPO 2nd biggest in world this year after Facebook

Sumber: Klik

FGV: Daripada Fantasi Bertukar Episod Ngeri

Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 kini telah bertukar menjadi episod ngeri. Harga tawaran permulaan saham FGV adalah RM4.55.

Semasa disenaraikan dan dibuka kepada orang awam, saham FGV berjaya mengumpul modal terkumpul sebanyak RM10.4 bilion. Pada hari pertama diniagakan, harga saham FGV melonjak kepada RM5.39.

Selepas daripada tarikh itu, kehebatan saham tawaran permulaan saham FGV hanya tinggal sejarah. Harga saham FGV merosot teruk sejak itu dan baru-baru ini Felda menawarkan untuk membeli kesemua saham FGV pada RM1.30 sahaja.

Sumber: Trading View

Kenapa Felda Membeli Saham FGV?

Menurut Maybank Investment Bank, FGV masih tidak memenuhi keperluan sebarang pemegangan awam minimum pada 25 peratus mengikut syarat-syarat penyenaraian.

FGV juga tidak memenuhi keperluan sebaran pemegangan saham awam pada 25 peratus menurut Perenggan 8.02(1) Syarat-Syarat Penyenaraian

Saham-saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat ini berjumlah 75.97 juta saham. Pada 8 Disember 2020, Felda memiliki 21.24 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV.

Tindakan FELDA telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada nilai RM1.30 sesaham.

Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan FGV menganggap tawaran oleh Felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil kerana ia berada di bawah nilai saksama oleh RHB Investment Bank yang mana RHB Investment Bank menilai FGV pada RM1.42 hingga RM1.60 sesaham.

FGV berkata Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan penyenaraian FGV selepas FELDA bersama pihak yang bertindak bersamanya mempunyai pegangan sebanyak 54.09 peratus.

Sekiranya Felda berjaya pemegang saham tidak akan dapat memperdagangkan sekuriti FGV di pasaran utama Bursa Malaysia lagi.

Felda mengeluarkan dokumen tawarannya pada bulan lepas (12 Januari) berkaitan dengan tawaran pengambil alihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Apakah terjadi sekiranya anda membeli saham FGV ketika IPO dan masih memegang saham tersebut sehingga kini?

Harga IPO Tahun 2012: RM4.55
Harga Sekarang Tahun 2022 (19.01.2022): RM1.50
ROI: -67.03%

Sumber: pxfuel

Sumber Rujukan:

  • The Star
  • Kadirjasin.blogspot.com
  • Harian Metro
  • The Star

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share1223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In