KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Pasaran saham Kuala Lumpur merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah 1.22 peratus hari ini, menunjukkan penurunan dalam kebanyakan bursa serantau, kata peniaga.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.45 mata kepada 1,575.84 daripada 1,595.29 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks dibuka tinggi 4.02 mata kepada 1,599.31, pada paras tertinggi harian, dan mencecah paras terendah pada 1,575.84 semasa ditutup.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 823 berbanding 448, manakala 392 kaunter tidak berubah, 514 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 14.49 bilion unit bernilai RM6.73 bilion daripada 10.13 bilion unit bernilai RM5.22 bilion semalam.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata bursa serantau lain turut rendah berikutan kebimbangan mengenai penularan varian COVID-19 yang dilihat menjejaskan sentimen mengenai jangkaan pemulihan ekonomi, disokong oleh program vaksinasi yang dirancang di kebanyakan negara.
“Oleh itu, semua kaunter perbankan di bawah FBM KLCI mencatatkan penurunan, dengan CIMB mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 3.1 peratus kepada RM4.13.
“Indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia mencatatkan penurunan terbesar dalam kalangan indeks sektor selepas merosot 1.9 peratus.
“Bagaimanapun, dari aspek positif, kenaikan harga minyak menyebabkan kaunter minyak dan gas diniagakan secara aktif termasuk Velesto dan Sapura Energy, yang merupakan lima saham utama yang diniagakan paling aktif,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 16 sen kepada RM7.93, Public Bank merosot lapan sen kepada RM4.11, PChem berkurangan enam sen kepada RM7.47, Tenaga turun satu sen kepada RM9.85 dan Top Glove susut 12 sen kepada RM6.07.
Daripada saham cergas, Dagang NeXchange naik 22 sen kepada 77 sen, Techna-X meningkat 2.5 sen kepada 18.5 sen, Velesto Energy menambah 1.5 sen kepada 18 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 15.5 sen dan Ta Win meningkat 6.5 sen kepada 28.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 113.39 mata kepada 11,569.96, Indeks FBMT 100 merosot 121.7 mata kepada 11,247.71 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 61.93 mata kepada 13,056.32.
FBM 70 jatuh 99.05 mata kepada 15,231.02 dan FBM ACE susut 178.6 mata kepada 11,087.95.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 292.56 mata kepada 14,803.12, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.53 mata kepada 181.05 manakala Indeks Perladangan naik 66.18 mata kepada 7,175.88.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 10.59 bilion saham bernilai RM5.73 bilion daripada 6.65 bilion saham bernilai RM4.32 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran naik kepada 373.73 juta unit bernilai RM57.8 juta daripada 294.97 juta unit bernilai RM43.76 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.52 bilion saham bernilai RM949.71 juta daripada 3.18 bilion saham bernilai RM854.56 juta sebelum ini.
Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 690.98 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.57 bilion), pembinaan (281.25 juta), teknologi (4.38 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (111.65 juta), hartanah (290.04 juta), perladangan (68.01 juta), REIT (13.76 juta), dana tertutup (33,500), tenaga (2.74 bilion), penjagaan kesihatan (60.08 juta), telekomunikasi dan media (93.5 juta), pengangkutan dan logistik (234.04 juta) dan utiliti (42.55 juta).
— BERNAMA

