• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UMW Group Catat Jualan Positif Pada Januari

in Catalyst
A A
Kumpulan UMW Mencatatkan Penjualan Kenderaan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Jualan automotif UMW Holdings Bhd memulakan 2021 dengan rekod yang baik pada Januari,  sama ada oleh subsidiari, UMW Toyota Motor (UMWT) atau syarikat bersekutunya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Konglomerat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata UMWT menjual 3,845 unit pada bulan berkenaan, naik 4.1 peratus daripada 3,692 unit yang terjual dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.  

Sementara itu, Perodua, yang mana UMW Holdings adalah pemegang saham tunggal terbesar, mencatatkan jualan sebanyak 16,894 unit pada bulan yang ditinjau. Tiada angka perbandingan diberikan dalam kenyataan tersebut. 

“Permintaan yang berterusan ini adalah disebabkan oleh insentif pengecualian cukai jualan, yang kini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021,” kata UMW Holdings. 

Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT pada bulan itu.

“Model Vios dan Yaris yang dinaik taraf telah dilancarkan pada 17 Dis lepas. Bagi meningkatkan lagi penawaran produknya untuk tahun ini, UMWT telah memperkenalkan Toyota Fortuner dan Innova yang dikemas kini pada 2 Feb lalu,” katanya. 

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai syarikat bersekutunya,  Perodua, berkata ia menyasarkan untuk menjual 240,000 unit tahun ini, peningkatan sembilan peratus berbanding 220,163 unit yang dijual pada 2020. 

“Perodua juga merancang untuk meningkatkan stoknya dengan menyasarkan pertambahan pengeluaran kepada 272,000 kenderaan tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah dan dalam proses itu, akan membeli komponen sumber tempatan bernilai RM6.5 bilion pada 2021 yang akan memberi keuntungan kepada industri automotif domestik,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus memberi tumpuan untuk memperkenalkan model baharu dan yang dinaik taraf termasuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang unggul bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalam usaha mencapai sasaran kumpulan pada 2021. 

“Melangkah ke hadapan, Persatuan Automotif Malaysia meramalkan jualan keseluruhan industri akan berkembang hampir lapan peratus kepada 570,000 unit pada tahun ini, disokong oleh unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 6.5 dan 7.5 peratus pada 2021 dan pacuan berterusan daripada kerajaan,” katanya lagi.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In