• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Akhir Dagangan Pagi

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih tinggi, seiring prestasi bursa serantau serta sentimen optimis para pelabur yang lebih bertenaga selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 9.89 mata kepada 1,609.31 selepas bergerak dalam jajaran 1,607.00 hingga 1,614.92 sepanjang sesi dagangan pagi Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 7.58 mata lebih tinggi pada 1,607.00 berbanding 1,599.42 pada akhir dagangan pada Khamis lepas.

Pasaran ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Tahun Baharu Cina.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 702 berbanding 348 manakala 449 kaunter tidak berubah, 662 tidak diniagakan manakala 11 lagi digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 5.56 bilion unit bernilai RM2.56 bilion.

Di peringkat serantau, pasaran Nikkei Jepun menokok 1.71 peratus kepada 30,025.61, Hang Seng di Hong Kong naik 0.45 peratus kepada 30,173.57 manakala STI Singapura meningkat 0.42 peratus kepada 2,937.9. 

Dalam nota penyelidikan pada Isnin, firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun Malaysia mengalami penguncupan ekonomi 3.4 peratus bagi suku keempat 2020 yang lebih ketara daripada jangkaan awal, FBM KLCI ternyata mencatat prestasi lebih tinggi selepas cuti umum Tahun Baharu Cina berikutan pelabur berkemungkinan besar telah menjangkakan impak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

“Kami menjangkakan sentimen positif semalaman di Wall Street akan turut mempengaruhi pasaran tempatan ketika penggiat pasaran menyusun semula strategi dan tumpuan menjelang musim pelaporan tahun penuh.

“Selain itu, ini turut dipengaruhi oleh lonjakan harga minyak mentah yang mencecah paras lebih kukuh pada US$62 minggu lepas,” katanya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan and Axiata masing-masing naik 10 sen kepada RM8.08 dan RM3.53, MISC meningkat 22 sen kepada RM6.48, Tenaga menambah 12 sen kepada RM10.18 dan TM untung 13 sen kepada RM6.73.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange meraih 8.5 sen kepada 51.5 sen, DGB Asia dan Luster Industries meningkat masing-masing dua sen kepada 10 sen dan 24.5 sen manakala Techna-X menambah 2.5 sen kepada 16 sen. Bagaimanapun, AT Systematization tidak berubah pada 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 76.55 mata kepada 11,738.37, Indeks FBMT 100 menokok 68.68 mata kepada 11,448.72 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 93.64 mata kepada 13,213.89.

FBM 70 pula meraih 85.79 mata kepada 15,357.44 dan FBM ACE naik 217.28 mata kepada 11,100.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 75.79 mata kepada 15,114.26, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.16 mata kepada 181.73 manakala Indeks Perladangan meningkat 42.36 mata kepada 7,188.05.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In