• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mengukuh 0.6 Peratus Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Sesi Tengah Hari Seiring Dengan Saham Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) – Bursa Malaysia kekal positif pada sesi dagangan tengah hari ini, meningkat 0.61 peratus, didorong oleh pengukuhan minyak mentah Brent serta saham global yang mencecah paras tertinggi semalam.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 9.62 mata kepada 1,582.95, selepas berlegar antara 1,574.23 dan 1,586.90 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Ketika dibuka pagi ini, indeks utama meningkat 1.34 mata kepada 1,574.67 berbanding 1,573.33 pada penutupan petang Isnin.

Pergerakan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 557 berbalas 447 sementara 457 kaunter tidak berubah, 686 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.93 bilion unit bernilai RM2.27 bilion.

Dalam catatannya hari ini, Public Bank Investment Bank Bhd menyatakan saham Amerika Syarikat (AS) dan global mencapai paras tertinggi semalam selepas pentadbiran Presiden AS Joe Biden terus menekan Kongres AS terhadap rancangan pelan rangsangan bernilai US$1.9 trilion, dan ini memberi petanda baik kepada bursa tempatan.

Sementara itu, Rakuten Trade menjangkakan saham minyak dan gas terus meningkat selepas minyak mentah Brent akhirnya mencecah paras US$60 setong untuk ditutup pada US$60.50 setong.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM7.90, PBBank dan Tenaga masing-masing menambah tiga sen kepada RM4.11 dan RM9.70, Top Glove meningkat satu sen kepada RM6.28 sementara IHH naik dua sen kepada RM5.10 dan PChem menokok empat sen kepada RM7.53.

Bagi kaunter berkaitan minyak dan gas yang aktif pula, Velesto tidak berubah pada 13 sen, SAPNRG menambah setengah sen kepada 13 sen, Armada meningkat setengah sen kepada 36.5 sen.

Kaunter aktif lain, DNex menambah tiga sen kepada 40 sen dan warannya tidak berubah pada 6.5 sen, EAH kekal pada 3.5 sen, QES naik dua sen pada 53 sen dan KNM meningkat setengah sen kepada 19 sen.

Saham paling untung adalah MPI, yang melonjak 54 sen kepada RM36.68, Aji naik 30 sen kepada RM15.80, PetDag menambah 28 sen kepada RM19.62, PLS meningkat 26 sen pada RM1.36 sementara Telekom 23 sen lebih tinggi pada RM6.73 .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 65.71 mata kepada 11,545.10 dan Indeks FBMT 100 meningkat 64.51 mata kepada 11,264.03.

Indeks FBM Emas Syariah melambung 51.75 mata kepada 13,065.18, FBM 70 meningkat 71.20 mata kepada 15,120.54 sementara FBM ACE merosot 29.86 mata kepada 10,741.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 110.31 mata kepada 14,675.71, Indeks Perladangan lebih tinggi 27.78 mata kepada 7,150.51 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.31 mata kepada 179.37.

– BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In