Perasan tak indeks FBM KLCI kurang memberangsangkan sebaik sahaja 2021 dibuka tirainya pada 4 Januari? Ianya sedikit sebanyak disebabkan oleh short selling yang telah dibenarkan semula oleh Bursa Malaysia di samping para pelabur mengambil langkah berhati-hati kerana jangkitan kes Covid-19 yang semakin meningkat dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang dilaksanakan.
Prestasi FBM KLCI Sepanjang Januari 2021
Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan Januari 2021, carta menunjukkan indeks saham negara kita sedang mengalami downtrend. Bermula pada paras 1,602.57 mata pada 4 Januari, ianya turun kepada 1,566.40 mata di hujung bulan Januari 2021.
Jom kita lihat senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2021.
10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2021
Daripada 10 kaunter patuh syariah paling rugi ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang dipilih adalah:
- PNE PCB BERHAD (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
- WIDAD GROUP BERHAD (Sektor Pembinaan)
- PDZ HOLDINGS (Sektor Pengangkutan & Logistik)
1. PNE PCB BERHAD (PNEPCB) (6637)
Mesti ramai yang tidak mengenali syarikat ini betul tak? Syarikat PNE PCB ini sebenarnya merupakan sebuah syarikat yang bertapak di Johor Bahru dan mengeluarkan produk elektronik seperti single-sided board, double-sided board dan carbon board.
PNE PCB bermula sebagai pengeluar printed circuit boards bersaiz kecil dan dikenali sebagai Print N Etch Mfg pada tahun 1976. Sejak daripada itu, syarikat ini telah berkembang menjadi sekumpulan syarikat dengan rangkaian produk yang lebih luas dengan pelanggannya kini merangkumi seluruh dunia dari negara Jepun sehinggalah ke Amerika Syarikat dan Eropah.
Pandangan Daripada Sudut Fundamental Saham PNE PCB
Daripada segi fundamental, syarikat ini boleh dianggap sebagai sebuah syarikat yang kurang baik kerana ianya merekodkan kerugian yang konsisten pada setiap suku. Peningkatan pada QoQ dan YoY hanya menunjukkan syarikat ini berjaya mengurangkan kerugian dan bukannya membuat keuntungan.
Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik ini secara tiba-tiba pula mengumumkan penglibatan di dalam pengeluaran dan pengedaran sarung tangan.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Saham PNE PCB
Di antara kesemua syarikat yang menerokai industri pembuatan sarung tangan, saham PNE PCB antara yang mengalami kejatuhan yang paling dahsyat. Setelah pengumuman dikeluarkan, pasaran bertindak balas cepat dengan kemasukan para pelabur ke dalam saham ini. Dah buat breakout dengan marubozu hijau yang panjang, rupanya saham ini hanya bertahan selama sehari.
Setelah itu, saham PNE PCB pun dilepaskan begitu sahaja oleh para penjual. Kejatuhan saham ini sehingga mematahkan paras sokongan pada 51 sen mungkin menyebabkan ramai pelabur mengalami mimpi ngeri sekiranya ada yang masih memegang saham ini. Kini harga saham ini hanya sekitar 27 sen sahaja.
Kenapa boleh berlaku sebegini?
Salah satu sebabnya adalah kerana syarikat-syarikat ini baru sahaja menceburi bidang pembuatan sarung tangan ini dan para pelabur kurang keyakinan mengenai kemampuan syarikat ini akan menjadi sebaik syarikat gergasi yang lain seperti Top Glove dan Hartalega. Selain daripada itu, untuk memulakan sesebuah perniagaan yang baru sudah tentunya memerlukan kos yang tinggi maka syarikat ini belum tentu akan mampu terus membuat keuntungan dalam masa terdekat.
Pengajarannya, cuba elakkan saham-saham seperti ini sekiranya fundamental syarikat kurang baik. Bukannya tidak boleh masuk langsung, tetapi para pelabur seharusnya cekap dalam ilmu teknikal dan tahu bila untuk menjual saham ini. Bila dah beli sepatutnya dah tahu dan bila nak jual pun dah, senang cerita dah ada Trading Plan siap-siap dan follow saja Trading Plan tersebut.
2. WIDAD GROUP BERHAD (WIDAD) (0162)
Widad Business Group ditubuhkan pada tahun 2002 untuk memenuhi keperluan kontraktor berstatus bumiputera yang berkaliber, seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat.
Widad menyediakan dua jnis perkhidmatan utama iaitu pengurusan fasiliti bersepadu dan pembinaan serta kejuruteraan.
Pandangan Daripada Sudut Fundamental Saham Widad
Sepanjang tahun 2020, hasil pendapatan Widad mencatatkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan tahun 2018 dan 2019. Hal ini mungkin kerana kurangnya aktiviti pembinaan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baru-baru ini Widad memeterai perjanjian kerjasama dengan Motion Ventures Sdn Bhd untuk menguruskan fasiliti kuasa solar.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Saham Widad
Widad telah membuat uptrend yang cantik sejak Mac 2020. Widad membuat uptrend sehinggalah ianya tidak berjaya memecahkan rintangan pada paras 81 sen. Setelah beberapa percubaan memecahkan 81 sen berakhir dengan kegagalan, Widad telah melantun ke bawah.
Pada 13 Januari 2021, ianya merupakan sell signal yang sangat jelas di mana Widad mematahkan support pada paras 68 sen dan ianya berlaku dengan gap down ketika pasaran dibuka pada hari tersebut.
Keadaan lebih parah apabila Widad turut mematahkan trend line pada hari tersebut. Kini Widad hanya berharga sekitar 50 sen.
3. PDZ HOLDINGS BERHAD (PDZ) (6254)
PDZ Holdings Berhad disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak tahun 1996 lagi. PDZ menyediakan penyelesaian kepada sektor pengangkutan dan logistik terutamanya khusus dalam bahagian logistik melibatkan perkapalan. Perniagaan syarikat ini merangkumi perdagangan domestik di antara Malaysia, Brunei, Singapura, China dan Myanmar.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Saham PDZ
Syarikat PDZ mencatatkan kerugian yang agak teruk sejak tahun 2014 sehingga 2020, kecuali pada tahun 2016. Perkara ini bukanlah sesuatu yang positif bagi sesebuah syarikat. Pada tahun 2020, PDZ mencatatkan kerugian sebanyak RM8.8 juta. PDZ juga tidak pernah mengagihkan dividen kepada para pemegang sahamnya disebabkan kerugian yang dialami ini.
Pandangan Daripada Sudut Analaisa Teknikal Saham PDZ
Setelah berada agak lama di dalam fasa accumulation sejak tahun 2018, PDZ akhirnya memecah fasa tersebut dan membuat fasa markup pada Julai tahun lepas. Tetapi, ianya hanya bertahan untuk tempoh yang singkat dan terus membuat penurunan sejak itu. Pergerakan harga PDZ dilihat menuju ke paras di mana fasa accumulation berlaku sebelum ini iaitu sekitar 2.5 sen ke 4 sen.
Saham ini juga dijangka akan membuat satu fasa accumulation yang baru untuk satu tempoh yang tidak kita ketahui. Pada kebiasaannya, fasa accumulation ini boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Saham yang membuat downtrend jangan dikutip walaupun ada yang menggelarnya sebagai tindakan menangkap pisau.
Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Kini dilancarkan,
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham