• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang susut di saat-saat akhir dagangan susulan penjualan ketara membabitkan saham-saham teknologi.

Para pelabur juga dalam proses meneliti unjuran ekonomi di tengah-tengah penularan kes jangkitan baharu COVID-19 yang lebih perlahan serta ketiadaan perkembangan membabitkan bantuan tambahan baharu Washington bagi menangani pandemik itu.

Pada 9.06 pagi, indeks utama  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.00 mata kepada 1,557.74 daripada 1,564.74 sewaktu dagangan ditutup pada Selasa.

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras itu berkurangan 5.92 mata kepada 1,558.82.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 385 berbanding 157 manakala 264 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,180 lain tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.39 bilion saham bernilai RM383.05 juta.  

Sementara itu Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyeldikannya berkata tempias kelemahan di Wall Street berkemungkinan besar akan turut menular ke Bursa Malaysia.

“Berikutan kekurangan pemangkin baharu, kami berpendapat ini akan disusuli fasa konsolidasi manakala laporan pendapatan korporat seterusnya akan menyaksikan kenaikan yang sebaliknya dijejaskan oleh aktiviti pengambilan untung.

“Pada masa sama, kami turut berpendapat berpendapat aktiviti pembelian secara bergilir-gilir membabitkan saham-saham berharga rendah akan meningkatkan dagangan,” katanya.

Mengulas sektor yang menjadi tumpuan, firma pembrokeran itu berkata ini akan membabitkan sektor tenaga susulan kenaikan harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global untuk menembusi tahap US$45 setong.

Selain itu, penyusutan saham-saham kesihatan dilihat sebagai kesan pelabur meraih pulangan masing-masing sebelum kembali melabur di masa depan, katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung tiga sen kepada RM7.52, Public Bank naik dua sen kepada RM16.94, Top Glove turun RM1.00 kepada RM26.30, Hartalega susut 66 sen kepada RM17.64 manakala Tenaga tidak berubah pada RM11.00 .

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Borneo Oil masing-masing susut setengah sen kepada 14 sen dan tujuh sen, AT Systematization rendah 1.5 sen kepada 11.5 sen, Kanger International naik satu sen kepada 30 sen manakala Eduspec tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 62.40 mata kepada 11,204.16, Indeks FBM Emas Syariah merosot 117.13 mata kepada 13,197.32 dan Indeks FBMT 100 susut 60.30 mata kepada 11,017.04.

FBM 70 pula rendah 121.54 mata kepada 14,528.66 dan FBM ACE turun 311.17 mata kepada 10,329.01.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 6.12 mata kepada 6,973.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.82 mata kepada 138.49 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 14.02 mata kepada 12,956.53.

— BERNAMA

Share489ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In