• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Belian Pada Minit Terakhir Urus Niaga Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia Untuk Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Aktiviti membeli pada minit terakhir dagangan terutama membabitkan kaunter bermodal kecil serta berwajaran tinggi terpilih membantu melonjakkan Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi dagangan hari ini lebih tinggi.

Belian dilihat pada kaunter berkaitan produk perindustrian dan perkhidmatan, hartanah dan pengangkutan serta logistik.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.91 mata atau 0.12 peratus kepada 1,584.90 daripada 1,582.99 ketika ditutup petang Rabu.

Indeks utama dibuka 0.89 mata lebih rendah pagi ini pada 1,582.10 dan berlegar pada paras terendah 1,576.33 dan tertinggi 1,586.55 sepanjang urus niaga.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 625 berbalas 489 manakala 465 kaunter tidak berubah, 551 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 8.04 bilion unit bernilai RM4.17 bilion daripada 6.09 bilion unit bernilai RM4.93 bilion pada penutupan petang Rabu.

Kali terakhir Bursa Malaysia mencecah jumlah dagangan lapan bilion ini ialah kira-kira tiga minggu lepas iaitu pada 12 Jan.

“Dan dengan adanya tanda-tanda peningkatan aktiviti AS ketika Presiden AS Joe Biden berusaha memenangi cadangan pelan rangsangan bernilai US$1.9 trilion, kita menjangkakan sentimen akan terus rancak,” kata ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim kepada Bernama.

Beliau turut menjangkakan pakej rangsangan AS yang besar itu mungkin dapat membantu meningkatkan bursa tempatan.

Seorang penganalisis berkata pembelian pada minit terakhir berlaku selepas kerajaan memaklumkan mengenai pelancaran program vaksin COVID-19 yang dijadualkan bulan ini.

Dalam perutusannya petang ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata vaksin itu merupakan harapan Malaysia untuk memerangi pandemik itu dan penghantaran pertama vaksin COVID-19 ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus,

Beliau berkata 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu disasar akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Muhyiddin turut menggesa agar industri dan orang awam mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memastikan perniagaan dan perdagangan boleh terus beroperasi, sekali gus membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi yang lain, Maybank turun lima sen kepada RM7.89, Public Bank susut dua sen kepada RM4.108, Petronas Chemicals naik 11 sen kepada RM7.21 dan Tenaga pula empat sen lebih tinggi kepada RM9.70.

Kaunter paling cergas pula, Lambo Group turun setengah sen kepada 2.5 sen sementara Luster dan Pegasus Heights masing-masing menambah setengah sen kepada 22.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 40.95 mata kepada 11,530.26, Indeks FBMT 100 naik 38.04 mata kepada 11,262.84 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 45.01 mata pada 13,094.91.

FBM 70 naik 145.64 mata kepada 15,060.95 tetapi FBM ACE jatuh 28.31 mata kepada 10,916.83.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 50.73 mata kepada 14,599.90, Indeks Perladangan naik 33.41 mata kepada 7,207.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri 0.91 mata lebih baik pada 174.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 50.73 mata kepada 14,599.90, Indeks Perladangan naik 33.41 mata kepada 7,207.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.91 mata lebih tinggi kepada 174.71.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.57 bilion saham bernilai RM3.23 bilion daripada 3.85 bilion saham bernilai RM3.96 bilion yang dicatatkan pada penutupan Rabu.

Jumlah perolehan waran menyusut kepada 425.49 juta unit bernilai RM71.42 juta berbanding 547.53 juta unit bernilai RM95.71 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.04 bilion saham bernilai RM868.18 juta daripada 1.69 bilion saham bernilai RM872.69 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 485.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.74 bilion), pembinaan (184.61 juta), teknologi (493.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (141.08 juta), hartanah (761.80 juta), perladangan (38.03 juta), REIT (6.99 juta), dana tertutup (8,000), tenaga (443.16 juta), penjagaan kesihatan (82.44 juta), telekomunikasi dan media (45.25 juta), pengangkutan dan logistik (108.57 juta) dan utiliti (41.93 juta).

– BERNAMA

Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In