• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi Khamis dengan prestasi bercampur-campur susulan sentimen berhati-hati yang terus menguasai pasaran ketika para pelabur meneliti laporan pendapatan korporat bagi suku keempat 2020.

Walaupun pendapatan korporat yang positif itu menandakan isyarat pemulihan ekonomi global, kalangan penganalisis sebaliknya menjangkakan saham Asia berkemungkinan susut pada Khamis akibat aktiviti pengambilan untung susulan penyusutan saham teknologi dan runcit akibat aktiviti pengambilan untung yang memberi kesan terhadap pasaran penanda aras Amerika Syarikat.

Pada Selasa, firma gergasi teknologi Alphabet Inc dan Amazon.com Inc mencatatkan keuntungan kukuh dan mendorong indeks teknologi tempatan mencatat keuntungan sebanyak 3.2 peratus.

Pada 9.01 pagi Khamis, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.49 mata kepada 1,581.50 daripada 1,582.99 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks tersebut dibuka menokok 0.89 mata kepada 1,582.10.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 232 berbanding 92 manakala 230 kaunter lain tidak berubah, 1,576 tidak didagangkan dan 11 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 248.88 juta unit bernilai RM73.35 juta.

Sementara itu, firma pembrokeran Rakuten Trade menjangkakan keadaan pasaran terus tidak menentu berikutan pendirian pelabur yang lebih mengutamakan perkembangan jangka pertengahan.

“Prestasi FBM KLCI pada Rabu misalnya menunjukkan bahawa sentimen pelabur masih lemah. Namun, kami menjangkakan indeks penanda aras itu dapat mengekalkan aliran peningkatannya sekitar paras 1,585/90 dengan paras ketara pada 1,600,” katanya dalam nota pada Khamis.

Ia turut menjangkakan minat belian terhadap saham-saham minyak dan gas terus meningkat apabila harga minyak mentah Brent bergerak ke arah US$60 setong apabila menokok 1.8 peratus kepada sekitar US$58.50 pada Rabu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM7.95, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.12, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.06 dan Top Glove merosot tujuh sen kepada RM6.75.

Bagi saham aktif,  KNM menokok setengah sen kepada 19 sen, Luster Industries meningkat 1.5 sen kepada 23.5 sen manakala Sanichi susut setengah sen pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.01 mata kepada 11,502.32, Indeks FBMT 100 meraih 3.49 mata kepada 11,228.29 manakala Indeks Syariah FBM Emas turun 0.83 mata kepada 13,049.07.

FBM 70 pula meningkat  59.27 mata kepada 14,974.58 dan FBM ACE menambah 7.15 mata kepada 10,952.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 46.79  mata kepada 14,595.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.04 mata kepada 173.84 namun Indeks Perladangan susut 40.48 mata kepada 7,133.88. 

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In