• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Apa Itu Regulated Short Selling (RSS)?

in Asas Saham
A A
Apa Itu Regulated Short Selling (RSS)?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Dalam dunia pelaburan saham, kita bukan sahaja boleh membuat keuntungan apabila membeli saham pada harga murah dan menjualnya ketika harganya naik, malah kita juga boleh mendapat keuntungan dengan menjual dahulu saham yang kita belum punyai. Teknik ini yang digelar sebagai short selling di mana kita membuat keuntungan daripada kejatuhan harga sesuatu saham.

Di Bursa Malaysia, short selling ini termaktub di bawah panduan Regulated Short Selling (RSS) dan Secrurities Borrowing dan Lending (SBL) yang diperkenalkan semula pada Januari 2007 selepas ianya diharamkan selama lapan tahun oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan RSS?

RSS adalah keadaan di mana seseorang menjual saham yang mereka belum perolehi, dengan meminjam saham tersebut daripada Central Lending Agency (CLA). CLA ini pula merupakan syarikat yang diuruskan oleh Bursa Clearing, di mana transaksi dan proses pinjaman saham tersebut berlaku. Pelabur tidak akan berurusan secara terus dengan pihak CLA, tetapi mereka perlu melalui orang tengah seperti broker atau bank pelaburan yang terlibat.

Dan kepada pelabur yang mempunyai saham lebihan, mereka boleh meminjamkan saham tersebut kepada pihak CLA dan mereka akan mendapatkan imbuhan daripada pinjaman tersebut.

Sumber: Guidelines On Regulated Short Selling Of Securities In The Wholesale Money Market, Bank Negara Malaysia Oktober 2005

Menurut panduan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) aktiviti RSS ini dibenarkan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan untuk sesuatu transaksi tersebut.

Anologi Short Selling

Untuk memudahkan kita faham, anologinya adalah seperti ini. Kita meminjam 5.0kg gula daripada Ahmad yang bernilai RM5 sekilo dan berjanji akan memulangkannya semula. Kemudian kita menjual kesemua gula tersebut kepada orang lain dengan harga semasa iaitu RM6 sekilo.

Secara teknikalnya, kita dapat wang sebanyak RM30 tanpa modal dengan jualan gula tadi tetapi kita masih berhutang dengan Ahmad sebanyak 5.0kg gula.

Apablia harga gula tiba-tiba jatuh ke paras RM2.5 sekilo pada bulan seterusnya, kita menggunakan keuntungan RM30 tadi untuk membeli semula gula yang berharga RM2.5 sekilo untuk memulangkan kembali kepada Ahmad.

Jadi kita meraih keuntungan bersih sebanyak RM17.5 dalam aktiviti short ini.

Lain pula ceritanya jika harga gula terus meningkat pada bulan seterusnya menjadi RM10 sekilo, oleh itu kita akan berhadapan dengan masalah. Sekarang kita perlukan modal tambahan untuk membeli 5.0kg gula untuk memulangkan kepada Ahmad.

Bagaimana Nak Terlibat Dengan RSS?

Untuk mengambil bahagian dalam aktiviti RSS ini, pelabur perlu membuka akaun pelaburan khas untuk aktiviti RSS ini dengan broker masing-masing. Akaun pelaburan RSS ini berbeza dengan akaun pelaburan biasa.

Untuk melakukan aktiviti RSS ini, pelabur perlu meminjam saham daripada CLA menerusi broker dan pelabur perlu membayar imbuhan untuk meminjam saham tersebut.

Selepas proses meminjam berjaya, pelabur boleh membuat RSS dengan menghubungi broker masing-masing. Pelabur perlu menjual saham yang dipinjam dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga semasa dalam aktiviti RSS. Ini dinamakan sebagai “up-tick rules”.

Saham Apa Yang Boleh Short Selling?

Dalam aktiviti RSS ini, bukan semua saham yang tersenarai di Bursa Malaysia boleh di short oleh pelabur. Saham-saham syarikat ini pula perlu menepati beberapa kriteria penting untuk tersenarai sebagai salah satu saham yang dibenarkan untuk di short.

Sumber: Bursa Malaysia

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia pada Jun 2021, hanya 256 saham yang dibenarkan untuk aktiviti RSS ini. Di antara saham-saham yang tersenarai adalah seperti Supercomnet, Iris, GHL Systems Berhad dan banyak lagi seperti gambar diatas.

Kriteria penting untuk membolehkan sesuatu saham syarikat tersenarai untuk aktiviti RSS adalah seperti berikut:

Sumber: Bursa Malaysia
  • Saham tersebut perlu tersenarai di dalam senarai rasmi yang dikeluarkan Bursa Malaysia.
  • Syarikat perlu mempunyai modal pasaran melebihi RM500 juta untuk tempoh tiga bulan yang terkini.
  • Perlu memiliki sekurang-kurangnya 50 juta unit saham yang masih terapung di pasaran.
  • Purata jumlah saham yang didagangkan perlu melebihi satu juta unit untuk tempoh 12 bulan terkini.

Apa Hukum Short Selling Dalam Islam?

Sebelum kita terlibat dalam apa juga pelaburan, hukum halal atau haram mesti diutamakan terlebih dahulu. Di dalam isu short selling ini, konsep asasnya adalah kita menjual sesuatu perkara yang kita belum miliki dan meraih keuntungan jika harga saham tersebut turun.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu menjual barang yang tidak kamu miliki”.

(Hadis Riwayat Ahmad 15705, Nasai 4630, Abu Daud 3505, dan disahihkan oleh Syuaib al-Arnauth)

Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa aktivi short selling ini adalah Haram dan perlu dielakkan oleh kita yang beragama Islam.

Namun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat kajian dan memutuskan bahawa jika short selling ini dibuat secara khusus dan terkawal kepada individu tertentu yang layak (Regulated Short Selling), ianya adalah diharuskan.

Mari kita dengar sendiri ulasan daripada Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1198ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In