• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Nationwide Express Perkenal Sistem IT Baharu, Perkemas Beg Kurier

in Catalyst
A A
Nationwide Express Perkenal Sistem IT Baharu, Perkemas Beg Kurier

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Nationwide Express Courier Services Bhd akan mengembangkan perniagaan e-dagang dengan memperkenalkan sistem teknologi maklumat (IT) dan beg kurier baharu, seiring dengan peningkatan permintaan untuk penghantaran bungkusan kecil.

Sistem IT yang dibangunkan secara dalaman itu antara lainnya menyediakan aplikasi kurier yang dipertingkat serta platform perniagaan kepada pelanggan (B2C) yang membolehkan pelanggan mengemaskini aspek penjejakan barangan secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nationwide Express, Wan Mohamed Den Wan Mohamed Zin berkata syarikat itu telah mula mengembangkan perniagaan B2C sejak tahun lepas untuk memenuhi lonjakan perniagaan e-dagang sejak bermulanya pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Secara tradisinya, 95 peratus daripada perniagaan kami berasal dari B2B (perniagaan kepada perniagaan) tetapi sejak awal 2020, perniagaan B2C telah berkembang pesat kerana pelanggan lebih selesa dengan penggunaan platform digital dan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nationwide Express juga menyifatkan inisiatif itu antara langkah penjenamaan semula untuk mempromosikan kehadiran jenama tersebut seiring dengan program transformasi — ‘Kembali Kepada Keuntungan’ yang dilancarkan pada Februari 2020.

— BERNAMA

Share290ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In