• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 2, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street

in Saham Global
A A
Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Minggu lepas, dunia pelaburan saham dikejutkan dengan berita tentang pelabur runcit (bilis) yang berjaya menewaskan pelabur institusi (jerung) melalui saham GameStop. GameStop merupakan rangkaian kedai fizikal yang menjual permainan video. Tiada angin, tiada ribut, harga sahamnya meningkat lebih daripada 100% dalam tempoh masa yang singkat.

Berita ini tersebar di serata dunia dan berjaya memberi inspirasi pelabur runcit di negara Asia termasuk Malaysia. Mari kita lihat apa yang sebenarnya berlaku di Wall Street pada minggu lepas.

Jerung Wall Street Membuat Short Selling

Salah satu cara untuk kita menjana keuntungan di pasaran saham adalah dengan membeli ketika harga saham itu rendah dan menjualnya ketika harganya meningkat tinggi. Inilah yang kita kenali sebagai Capital Gain.

Tapi tahukah anda bahawa kita juga boleh membuat duit ketika harga saham jatuh? Inilah yang dinamakan sebagai short selling.

Apa Itu Short Selling?

Short selling ini adalah apabila kita berharap bahawa harga sesuatu saham itu akan jatuh. Itu lah yang dilakukan oleh pelabur institusi terhadap saham GameStop pada minggu lepas.

What's The Endgame For GameStop? – Forbes Advisor
Kredit Gambar: Forbes

Penerangan tentang short selling ini rumit dan panjang tetapi secara ringkasnya adalah seperti ini.

Apabila kita menjangkakan harga sesuatu saham ini akan jatuh, kita akan short saham tersebut. Short di sini bermaksud kita akan meminjam saham daripada broker ketika harganya tinggi dan menjualnya di pasaran.

Secara teknikalnya kita masih berhutang saham tersebut dengan broker yang meminjamkan saham tadi. Oleh itu kita akan menunggu harga saham tersebut jatuh dan kemudian baru kita akan membelinya semula dengan harga yang murah dan memulangkan kembali pinjaman saham kepada broker.

Untuk memudahkan kita faham, anologinya adalah seperti ini. Kita meminjam 1kg beras daripada jiran kita yang bernilai RM10 sekilo dan berjanji akan memulangkannya semula. Kemudian kita menjualnya kepada orang lain dengan harga semasa iaitu RM10 sekilo. Secara teknikalnya, kita dapat wang sebanyak RM10 tanpa modal dengan jualan beras tadi tetapi kita masih berhutang dengan jiran kita sekilo beras.

Apablia harga beras tiba-tiba jatuh kepada RM5 sekilo pada minggu seterusnya, kita menggunakan keuntungan RM10 tadi untuk membeli beras yang berharga RM5 sekilo untuk memulangkan kembali kepada jiran kita. Jadi kita meraih keuntungan sebanyak RM5 dalam aktiviti short ini.

Lain pula ceritanya jika harga beras terus meningkat pada minggu seterusnya menjadi RM15 sekilo, oleh itu kita akan berhadapan masalah dan kita perlukan modal tambahan untuk membeli sekilo beras untuk memulangkan kepada jiran kita tadi.

Kisah Jerung Dibaham Bilis Di Wall Street

Apa yang terjadi di Wall Street minggu lepas adalah di mana pelabur-pelabur institusi mempunyai perspektif yang negatif terhadap syarikat GameStop ini. Siapa yang nak beli game di kedai fizikal sedangkan platform online lebih menjadi tumpuan ramai, lagi-lagi di musim pandemik ini. Oleh itu pelabur institusi telah membuat short terhadap saham syarikat ini dan menjangkakan harga saham ini akan turun.

Sumber: Trading View

Namun malangnya strategi mereka ini gagal apabila pelabur runcit bersepakat untuk menolak harga saham ini naik dan ianya berjaya apabila harga saham GameStop ini meningkat daripada USD6.00 seunit menjadi USD469 seunit dalam tempoh kurang daripada lima bulan. Malah ada hari di mana saham ini membuat kenaikan lebih daripada 130% dalam masa sehari.

Maka banyaklah pelabur institusi yang melaporkan kerugian, ada yang rugi sehingga berbilion USD.Pelabur runcit di Wall Street dikhabarkan akan membuat pekara yang sama untuk saham-saham syarikat yang lain seperti AMC dan Blackberry.

Sumber Rujukan: CBS News

Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Share877ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

5 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

5 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

5 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In