• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Supermax Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM525.58 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020

in Berita
A A
Supermax Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM525.58 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pengeluar sarung tangan getah, Supermax Corporation Bhd, mencatatkan keuntungan bersih RM525.58 juta dengan perolehan sebanyak RM2.13 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM123.11 juta dan perolehan RM1.53 pendapatan bilion bagi tahun kewangan 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata ia mencatatkan prestasi terbaiknya bagi suku keempat tahun kewangan 2020 yang berakhir pada 30 Jun, 2020.

Bagi suku keempat, 2020, perolehan melonjak kepada RM929.1 juta meningkat 147.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Keuntungan bersih meningkat kepada RM399.61 juta daripada RM15.05 juta, manakala keuntungan selepas cukai naik sebanyak 2,815.4 peratus kepada RM408.3 juta.

Ia berkata permintaan bagi sarung tangan sebagai peralatan perlindungan diri (PPE) telah meningkat berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Kami melihat kemunculan pengguna baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan penularan COVID-19. Pada masa ini, kumpulan ini berada dalam kedudukan lebihan langganan. Kenaikan permintaan telah mengakibatkan kenaikan harga jual purata (ASP) secara mendadak sejak bulan Mac, 2020,” katanya.

Ia berkata ketika ini, seluruh dunia terus menemui virus baharu dan berdasarkan perkembangan ini, kumpulan ini menjangkakan permintaan untuk terus meningkat pada tahun 2021 dan tahun-tahun berikutnya.

Sejak penubuhan Supermax, kumpulan itu telah menggunakan model Pembuatan Jenama Sendiri (OBM) di mana ia mengeluarkan produk, pakej dan pasaran di bawah jenama dalamannya.

“Ketika ini, kami mengeksport sebanyak 55 peratus pengeluaran di bawah jenama kami sendiri melalui pusat pengedaran kami sendiri dan 40 peratus melalui pengedar bebas.

“Baki lima peratus adalah untuk pengeluaran pengeluar peralatan tulen (OEM). Oleh kerana permintaan yang kukuh sekarang, kami mengambil kesempatan untuk membangun hubungan baharu dengan pelanggan dan pengedar barhau dengan harapan mereka akan meneruskan pesanan berulang selepas berakhirnya wabak tersebut,” kata Supermax.

Produk kumpulan itu dijual kepada lebih daripada 165 negara, penyumbang terbesar adalah dari rantau Amerika yang menyumbang sebanyak 51 peratus kepada perolehan dalam anggaran tahun kewangan 2020.

Asia, Oceania dan Eropah pula masing-masing menyumbang 23 peratus untuk pendapatan bagi anggaran tahun kewangan 2020. Dari segi pensegmenan produk sebanyak 72 peratus berasal daripada sarung tangan bebas serbuk nitril, diikuti oleh 18 peratus daripada tepung lateks bebas serta masing-masing tujuh peratus dan tiga peratus daripada sarung tangan tepung lateks dan perubatan.

Dari segi perluasan kapasiti, kumpulan itu merancang untuk membina lima kilang pembuatan sarung tangan mulai sekarang dan hingga tahun 2022 dengan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 22.25 bilion menjadikan jumlah kepada 48.42 bilion sarung tangan pada akhir tahun 2022, dengan jumlah perbelanjaan modal pelaburan sebanyak RM1.3 bilion untuk kilang baharu.

Ia berkata ASP tertinggi masih belum tercapai pada suku tahun ketika ini dan kumpulan optimis bahawa model perniagaan OBM yang digunapakai akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku yang akan datang.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In