• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga RM1 Bilion

in Catalyst
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sumber: The Star

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) – Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd meningkat kepada RM1.0 bilion pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2020 (Suku Ketiga Tahun Kewangan 2021) berbanding RM121.27 juta pada Suku Ketiga 2020.

Hasil melonjak kepada 167.4 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM796.55 juta sebelumnya, kata pengeluar sarung tangan nitril terbesar di dunia itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Dis, 2020, Hartalega mencapai hasil jualan lebih tinggi sebanyak RM4.40 bilion, meningkat RM2.25 bilion atau 104.8 peratus daripada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. 

“Prestasi peningkatan yang ketara bagi suku ketiga 2021 dan tempoh sembilan bulan itu disebabkan terutamanya oleh hasil jualan, jumlah jualan dan harga jualan purata yang tinggi, serta perbelanjaan tenaga dan penyelenggaraan yang rendah,” kata kumpulan itu.

Sejajar dengan permintaan sarung tangan getah dunia yang semakin meningkat, Hartalega akan meneruskan pelan pengembangan kapasiti Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC).

“Sehingga kini, kesemua 12 rangkaian pengeluaran di Kilang 6 kemudahan NGC telah beroperasi sepenuhnya,” katanya sambil menambah empat daripada 10 rangkaian dalam Kilang 7 telah beroperasi.

“Selepas beroperasi penuh, Kilang 7 akan mempunyai kapasiti tahunan 2.7 bilion keping,” katanya.

Susulan kemajuan pengoperasian Kilang 7, kapasiti tahunan kumpulan dijangka meningkat kepada 44 bilion keping menjelang tahun kewangan 2022.

Lembaga pengarah Hartalega telah mengisytiharkan dividen satu peringkat interim kedua sebanyak 9.65 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021, yang perlu dibayar pada 26 Feb, 2021.

– BERNAMA

Share608ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In