• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bintai Kinden, Syarikat Australia Jalin Kerjasama Bangun Projek Dengan GDV RM470 Juta

in Catalyst
A A
Rakan Kongsi Bintai, Generex Meterai Perjanjian Bagi Teknologi Platform Vaksin Li-Key
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Bintai Kinden Corporation Bhd bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di Australia, International Equities Corporation Ltd, untuk mengusahakan bersama dua projek pembangunan dan pengurusan hartanah bercampur dengan kemudahan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan di Melaka dan Pulau Pinang. 

Bintai Kinden akan menerajui projek tersebut yang dibangunkan di dua bidang tanah pegangan kekal seluas 2.16 hektar di Melaka dan Pulau Pinang dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM470 juta.

International Equities pula sebaliknya akan menyediakan perundingan teknikal, perancangan, reka bentuk, pembangunan dan perkhidmatan lain bagi membantu Bintai Kinden membangunkan dan mempromosikan projek. 

Pengarah Urusan Bintai Kinden Ong Choon Lui berkata kerjasama dengan International Equities itu adalah sejajar dengan pelan strategik syarikat untuk meneroka peluang dan mempelbagaikan perniagaannya dengan terlibat dalam pembangunan dan pengurusan hartanah bagi mengukuhkan lagi pendapatan kumpulan. 

 “Kami percaya kerjasama itu akan membolehkan kami memanfaatkan pengalaman dan kepakaran International Equities dan mempercepat projek pembangunan hartanah dalam pelbagai segmen pasaran tempatan, serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Ong berkata Melaka dan Pulau Pinang kaya dengan sejarah serta budaya dan merupakan antara destinasi utama pelancongan di Malaysia.

Bagi pemulihan pasca COVID-19, syarikat itu percaya hartanah kediaman adalah barisan hadapan seterusnya yang akan berubah secara radikal menerusi pergerakan holistik dan kesihatan. 

Selain daripada pembangunan hartanah, Bintai Kinden juga akan terlibat dalam pengedaran vaksin COVID-19 untuk menjana sumber pendapatan baharu memandangkan persekitaran tidak menentu dalam perniagaan mekanikal teras dan kejuruteraan elektrik melibatkan tender projek disebabkan pandemik tersebut. 

Bintai Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat Bintai Kinden, memperoleh hak eksklusif daripada Generex Biotechnology Corporation dan anak syarikatnya, NuGenerex ImmunoOncology Inc., untuk mengedar, menjual dan mengkomersialkan vaksin COVID-19 di Malaysia, Brunei, Myanmar, Kemboja, Timor-Leste, Indonesia, Laos, Filipina,, Singapura, Thailand dan Vietnam.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In