• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Felda Beli 9.97 Juta Lagi Saham FGV Daripada Pasaran Terbuka

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli sebanyak 9.97 juta lagi saham dalam FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada harga RM12.96 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

Langkah itu menjadikan saham-saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat minggu ini berjumlah 75.97 juta saham.

Awal minggu ini, Felda telah membeli 66 juta saham menerusi pasaran terbuka pada harga RM1.30 sesaham dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM85.8 juta.

Pada minggu lepas, Felda mengumumkan menerusi dua kenyataan bahawa ia telah membeli sejumlah 27.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga RM1.29 sesaham atau RM35.02 juta.

Ini dilaksanakan selepas agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada Selasa minggu lepas (12 Jan) berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga pukul 5 petang pada 2 Feb, 2021 kecuali dilanjutkan atau disemak semula.

Pada 8 Dis, 2020, Felda yang memiliki 21.24 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV, telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.

Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).

Dalam pada itu, saham FGV tidak berubah pada RM1.30 tengah hari Jumaat dengan sebanyak 5.97 juta diniagakan.

— BERNAMA

Share297ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In