• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Penyelidikan RHB Kekalkan Saranan Beli Ke Atas GCB Pada Harga Sasaran RM4.30

in Trading Idea
A A
Penyelidikan RHB Kekalkan Saranan Beli Ke Atas GCB Pada Harga Sasaran RM4.30
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — RHB Investment Bank Bhd mengekalkan saranan beli ke atas syarikat pembuat koko, Guan Chong Bhd (GCB) pada harga sasaran (TP) RM4.30 berbanding RM3.50 sebelum ini.

Bank pelaburan itu berkata pengeluaran syarikat itu dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 memandangkan operasi kembali seperti biasa manakala permintaan terhadap coklat pasaran massa kekal pesat walaupun pandemik COVID-19.

“Kami yakin asas keuntungan berdaya tahannya dalam persekitaran permintaan industri mampan semasa perlu diberi saranan lebih baik, selain daripada pemangkin pertumbuhan yang pelbagai,” menurut bank itu menerusi nota penyelidikan hari ini.

Ia menjangkakan keuntungan suku kedua 2020 syarikat itu kekal kukuh di antara RM68 juta dengan RM72 juta walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), didorong oleh jualan hadapan dan nisbah gabungan yang agak stabil.

“Walaupun PKP menjejaskan dinamik penawaran dan permintaan banyak pengeluar lain, Guan Chong berjaya mengekalkan kadar penggunaannya pada tahap optimum 95 peratus dan permintaan terhadap coklat pasaran massa kekal positif kerana seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan,” menurutnya.

RHB Investment berkata pandemik COVID-19 telah mengganggu penjualan segmen coklat mewah yang sangat bergantung kepada industri pelancongan dan perhotelan walaupun telah diimbangi oleh permintaan lebih tinggi ke atas coklat pasaran massa kerana sekatan pergerakan mendorong keinginan pengguna terhadap makanan selesa.

Serbuk koko sebagai bahan bukan komoditi juga menyokong baik kedudukan Guan Chong semasa tempoh mencabar ini, memandangkan ia dapat mengimbangi sebarang kelemahan penjualan mentega koko, yang bergantung kepada pasaran coklat premium.

Berlandaskan penyesuaian nilai tambah dan penggunaan serbuk koko yang lebih luas pada masa ini, harga jualan serbuk koko Guan Chong kurang dipengaruhi persekitaran luaran, katanya.

“Kami menjangkakan syarikat itu terus mencatatkan pertumbuhan positif meskipun pandemik itu menjejaskan ekonomi global.

“Permintaan terhadap produk koko tetap baik memandangkan pengguna beralih kepada makanan selesa dalam tempoh ini,” menurut bank itu.

Pada 12.02 tengah hari, saham Guan Chong turun enam sen kepada RM3.29, dengan 1.71 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In