• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Keputusan Mengenai OPR

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika terdapatnya spekulasi mengenai pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seterusnya oleh Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat Rabu ini yang dikatakan mempengaruhi jualan saham-saham sektor perbankan.

Prestasi itu dicatatkan walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang merangkumi 22 inisiatif bagi membendung penularan COVID-19.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 17.49 mata kepada 1,609.52 daripada 1,627.01 yang dicatatkan pada penutup Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.66 mata kepada 1,625.35 dan bergerak dalam jajaran 1,608.64 hingga 1,625.35 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 716 berbanding 457 manakala 430 kaunter lain tidak berubah, 493 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.16 bilion unit bernilai RM4.3 bilion daripada 5.85 bilion unit bernilai RM4.06 bilion pada Jumaat lepas.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI menyaksikan permulaan dagangan minggu ini yang tidak menentu apabila turun 1.07 peratus dengan sebahagian besarnya dikuasai oleh penyusutan sektor perbankan.

“Walaupun ekonomi China meningkat semula pada suku sebelum ini apabila output kilangnya melonjak, namun spekulasi mengenai pengurangan OPR, berkemungkinan telah menyebabkan jualan saham sektor perbankan.

“Saham-saham perbankan yang turut tersenarai dalam FBM KLCI seperti Public Bank, Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank, kesemuanya susut sekurang-kurangnya 1.0 peratus dalam dagangan hari ini.

“Oleh itu, tidak menghairankan apabila Indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia muncul paling susut dalam indeks sektor selepas berkurangan sebanyak 1.4 peratus pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Adam berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pakej bantuan terbaharu dengan tidak membabitkan tawaran moratorium secara menyeluruh, sepatutnya mengurangkan tekanan terhadap sektor perbankan tersebut.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 17 sen kepada RM8.08, CIMB merosot 10 sen kepada RM4.00, PChem turun 23 sen kepada RM7.28 manakala Public Bank berkurangan 22 sen kepada RM20.98 dan Hong Leong Bank rugi 36 sen kepada RM17.44.

Sebaliknya, Petronas Dagangan meningkat enam sen kepada RM21.30 manakala Hartalega naik 16 sen kepada RM12.36.

Bagi saham aktif, Lambo, Key Alliance dan Pegasus Heights masing-masing tidak berubah pada tiga sen, lima sen dan 2.5 sen.

Selain itu, PRG susut satu sen kepada 27.5 sen dan AT Systematization turun separuh sen kepada 18 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 77.38 mata kepada 11,628.96, Indeks FBMT 100 jatuh 84.72 mata kepada 11,355.81 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 32.89 mata kepada 13,171.8.

FBM 70 menambah 39.64 mata kepada 14,868.06 manakala FBM ACE melonjak 92.25 mata kepada 10,888.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 229.14 mata kepada 14,802.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.56 mata kepada 178.24, Indeks Perladangan berkurangan 66.05 mata kepada 7,299.31 dan Indeks Penjagaan Kesihatan menguncup 3.38 mata kepada 3,605.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 3.96 bilion saham bernilai RM3.39 bilion.

Selain itu, jumlah waran berkurangan kepada 369.74 juta unit bernilai RM59.34 juta berbanding 401.10 juta unit bernilai RM68.09 juta pada Jumaat lepas.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya meningkat kepada 2.83 bilion saham bernilai RM850.73 juta daripada 1.48 bilion saham bernilai RM600.79 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 814.46 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (1.24 bilion), pembinaan (178.01 juta), teknologi (571.22 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (65.01 juta), hartanah (415.14 juta), perladangan (112.12 juta), REIT (8.69 juta), dana ditutup (44,400), tenaga (276.33 juta), penjagaan kesihatan (67.3 juta), telekomunikasi dan media (43.78 juta), pengangkutan dan logistik (141.7 juta) serta utiliti (31.08 juta).).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In