• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Minggu Ini (10-14 Ogos 2020)

in Catalyst
A A
Empat Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Minggu Ini (10-14 Ogos 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pasaran Wall Street ditutup bercampur-campur dalam akhir sesi dagangan minggu lalu (7 Ogos 2020) di mana pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dilihat terus berjalan dengan data pekerjaan yang memberangsangkan.

Indeks Dow Jones yang mengandungi 30 syarikat terbesar dalam bursa saham Amerika Syarikat (AS) naik sebanyak 0.17%. Indeks komposit Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 syarikat ditutup 0.87% lebih rendah.

Manakala indeks S&P 500 yang sering dijadikan panduan prestasi keseluruhan ekonomi AS ditutup 0.06% lebih tinggi di paras 3,351 mata.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Amerika Syarikat merekodkan tambahan 1.7 juta pekerjaan di luar sektor perladangan yang mana lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 1.53 juta.

Kadar pengangguran pula beransur pulih dengan catatan 10.2% berbanding bacaan sebelum ini 11.1%. Dalam masa yang sama kadar di Amerika Syarikat meningkat 0.2% pada bulan Julai jauh lebih baik berbanding penyusutan 1.3% pada bulan sebelum itu.

Dalam perkembangan di Kongres AS, Nancy Pelosi berkata White House menolak tawaran pengurangan rangsangan daripada $3.4 trillion kepada $2 trillion. Ini satu lagi rentetan kegagalan pakej rangsangan yang gagal dipersetujui.

Pasaran Asia kebanyakannya mengalami kejatuhan pada akhir sesi dagangan minggu lalu apabila ketegangan antara AS-China sekali lagi tercetus dengan isu melibatkan syarikat teknologi dari China.

Presiden Trump pada Jumaat menandatangani arahan untuk menghalang syarikat tempatan daripada berurusan dengan syarikat teknologi dari China seperti TikTok dan WeChat bertujuan menjaga keselamatan negara.

Memandangkan perang teknologi menyebabkan AS-China semakin tidak sehaluan, bursa Asia dijangka akan terus menerima tekanan yang membawa kepada sentimen penghindaran risiko (risk-off).

Berikut adalah empat catalyst yang bakal menjadi penentu naik-turun pasaran saham global pada minggu ini.

Demokrat VS Pentadbiran White House

Perdebatan politik antara pihak Demokrat (pembangkang) dan Republikan (kerajaan) di Washington pada minggu ini terus berlangsung selagi kata putus belum termaktub terhadap rangsangan ekonomi yang tamat pada penghujung Julai.

Pasaran saham membuat rally pada minggu lalu tetapi agak lembap pada Jumaat apabila pelabur meneliti rundingan antara Demokrat dan pentadbiran Presiden Trump yang gagal menemui kata sepakat.

Oleh sebab itu, White House berkemungkinan akan menggunakan ‘executive order’ untuk memberi bantuan kewangan kepada penduduk AS yang terjejas disebabkan Covid-19. Selepas berita ini tersebar, saham membuat kenaikan pada Jumaat walaupun maklumat lanjut pelaksanaannya masih belum jelas.

Pihak Demokrat pula mengancam untuk membawa isu ini ke mahkamah jika White House berkeras untuk menggunakan ‘executive orders’ kerana ia didakwa menyalahi undang-undang.

Ketidakpastian dalam isu rangsangan ini akan terus membayangi pergerakan saham Wall Street seterusnya pasaran Asia pada minggu ini.

Perang Teknologi AS-China

Satu lagi risiko besar kepada pasaran saham global adalah perang teknologi antara AS-China. Belum lagi isu perang dagang dapat diselesaikan oleh kedua negara, kini muncul pula isu baru yang bakal menambah ketegangan antara dua kuasa besar ini.

Pada Jumaat lepas, Presiden Trump menandatangani arahan eksekutif bagi menghalang penduduk AS daripada berurusan dengan syarikat-syarikat teknologi dari China. Ia seperti biasa menjadi risiko dan memberi tekanan kepada pasaran saham pada hari tersebut, bahkan pelabur memasuki minggu baru ini dengan langkah berhati-hati terhadap risiko tersebut.

Isu ini mungkin bertukar menjadi positif jika Bytedance dengan rela hati menjual operasi TikTok di AS kepada Microsoft. Namun, gergasi China ini akan cuba mempertahankan aset terbesarnya itu walaupun desakan penjualan hanya melibatkan operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Oleh sebab itu, rundingan antara Microsoft dan Bytedance dijangka memanfaatkan masa 45 hari yang diberikan oleh Presiden Trump sebelum kata putus dapat dibuat.

Sepanjang 45 hari ini juga macam-macam perkara boleh terjadi. Terbaru, Twitter pula menunjukkan minat terhadap TikTok.

Data-data Ekonomi Amerika Syarikat

Terdapat beberapa data ekonomi yang penting akan dikeluarkan pada minggu ini termasuk data pengeluaran industri, jualan runcit dan jumlah tuntutan pengangguran.

Data yang dikeluarkan pada hari Jumaat nanti (14 Ogos 2020) iaitu laporan pengeluaran industri dan laporan jualan runcit bakal menunjukkan pemulihan berterusan dalam ekonomi Amerika Syarikat. Manakala data keyakinan pengguna juga dapat memberi gambaran awal sikap pengguna dalam berbelanja dalam tempoh masa terdekat ini.

Khamis (13 Ogos 2020), pelabur akan fokus kepada data tuntutan pengangguran sama ada jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan bertambah atau sebaliknya selepas data pada minggu lalu menunjukkan jumlah mingguan paling rendah direkodkan sejak bulan Mac.

Satu lagi data penting adalah indeks harga pengguna (CPI) yang sangat penting dalam penggubalan dasar monetari bank pusat.

Data-data Ekonomi China

China negara pertama terkena jangkitan wabak Covid-19 akan mengeluarkan beberapa data ekonomi penting pada minggu ini dengan pelabur seperti biasa mahu melihat bukti-bukti pemulihan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Sememangnya data-data ekonomi sebelum ini memperlihatkan China berada di landasan betul dalam proses pemulihan dan data kali ini akan memastikan kekuatan pemulihan di negara itu pasca Covid-19.

Data pengeluaran industri Jumaat nanti dijangka akan terus mampan, di mana data jualan runcit bakal kembali positif selepas merekodkan kemerosotan sejak beberapa bulan lepas.

Sumber Rujukan:

  • https://www.investing.com/
  • https://www.cnbc.com/world/
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In