• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Memahami Indeks di Wall Street (US) dan Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
Memahami Indeks di Wall Street (US) dan Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Indeks merupakan instrumen yang membolehkan pelabur mengukur prestasi kumpulan saham-saham yang berada di dalam pasaran saham. la boleh membentuk penanda aras bagi portfolio yang diurus secara aktif atau pasif di dalam sesebuah pasaran. Sekiranya indeks dalam keadaan menaik, ini menunjukkan bahawa saham-saham yang berada di dalam indeks tersebut juga menaik.

Sebaliknya jika indeks sedang mengalami kejatuhan, saham-saham di dalam indeks tersebut sedang mengalami kejatuhan harga.

Indeks di Wall Street


Sumber: Worldcoinindex.com

Indeks pasaran saham di seluruh dunia adalah petunjuk yang kuat untuk ekonomi global dan negara tertentu secara khususnya. Di Amerika Syarikat, S&P 500, Dow Jones Industrial Average dan Nasdaq Composite adalah tiga indeks yang paling banyak diikuti oleh media dan para pelabur di seluruh dunia.

Selain daripada tiga indeks utama ini, ada kira-kira 5,000 indeks lain yang membentuk pasaran ekuiti di Amerika Syarikat.

1. Dow Jones Industrial Average (DJIA)

Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang juga dikenali sebagai Dow 30 dicipta oleh editor Wall Street Journal yang bernama Charles Dow dan rakan perniagaannya iaitu Edward Jones. Dow 30 adalah merupakan indeks pasaran saham Amerika Syarikat yang menghimpunkan 30 saham syarikat Blue Chip yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE). 

Dow Jones boleh dikatakan petunjuk kepada indeks-indeks saham seluruh dunia atau dalam kata lain, Dow Jones adalah leader kepada semua indeks dunia. Kini indeks Dow Jones Industrial Average telah mencecah setinggi 31,060.5 mata setakat 14 Januari 2021.

2. Nasdaq Composite Index (NASDAQ)

Indeks Nasdaq merangkumi semua syarikat yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq yang mempunyai lebih daripada 3,300 saham. Ini menjadikan Nasdaq jauh lebih luas daripada Dow. Nasdaq menghimpunkan banyak syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan teknologi dan internet, namun ada juga syarikat kewangan, pengguna, bioteknologi dan industri.

Maka, Nasdaq boleh dilihat sebagai petunjuk kepada pergerakan saham-saham teknologi di Amerika Syarikat. Setakat 14 Januari 2021, Nasdaq telah mencecah paras 13,129 mata.

3. S&P 500

Indeks S&P 500 atau Standard & Poor’s ini pula adalah indeks yang menggambarkan market capitalisation (Market Cap) 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham. Indeks ini juga dianggap sebagai indikator unjuran terbaik untuk pasaran ekuiti di Amerika Syarikat.

Setakat 14 Januari 2021, S&P 500 telah mencecah paras 3,809.84 mata.

Indeks di Bursa Malaysia

Sumber: Bernama

Di Malaysia, Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia adalah satu set indeks ekuiti yang komprehensif dan lengkap yang direka dan dibangunkan untuk mengukur prestasi segmen modal dan industri utama di pasaran modal Malaysia dan serantau.

Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia mengandungi indeks yang boleh didagangkan dan indeks penanda aras seperti yang tertera di bawah.

Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share496ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In