Aemulus Holdings Berhad (Aemulus) mula disenaraikan di pasaran saham pada 17 Oktober 2014 di Papan Ace Bursa Malaysia. Syarikat ini telah diasaskan oleh Ng Sang Beng dan Yeoh Chee Keong. Ng Sang Beng merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Aemulus manakala Yeoh Chee Keong pula merupakan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (COO).
Sebagai seorang bekas jurutera di sebuah syarikat elektronik multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ng Sang Beng dan Yeoh Chee Keong melihat peluang untuk menggantikan kebergantungan daripada bekalan negara luar bagi Peralatan Ujian Automatik (“ATE”), yang merupakan alatan penting di dalam sektor semikonduktor. Oleh itu, mereka menubuhkan Aemulus dan mula menyediakan ATE di pasaran tempatan.
Kini, Aemulus merupakan syarikat yang menawarkan rangkaian ATE kepada pelbagai industri seperti industri elektronik pengguna dan industri lain. Pelanggan utama syarikat ini adalah daripada pengeluar semikonduktor yang berstatus global dan syarikat pemasangan dan ujian semikonduktor luar (OSAT). Syarikat ini berkembang maju dan telah meluaskan perniagaannya di Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Filipina, Thailand dan juga Jerman.
Nak tahu sama ada Aemulus ini adalah sebuah syarikat yang baik daripada segi Fundamental dan Teknikal, jom kita buat kajian CANSLIM ke atasnya.
C: Current Quarterly Earnings
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Sumber: Malaysiastock.biz
Hasil Kajian Pendapatan Suku Tahunan Terkini untuk Aemulus:
- Syarikat menjana keuntungan selama lima tahun berturut-turut . Kali terakhir Aemulus mengalami kerugian adalah pada suku tahun ketiga tahun 2019.
- Satu dunia berhadapan saat yang sukar pada tahun 2020 akibat daripada penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah melumpuhkan ekonomi dunia. Namun, dalam kesempitan dan cabaran yang melanda, Aemulus merupakan syarikat yang tidak terkesan dengan kemelesetan ekonomi malah semakin berkembang maju. Aemulus berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 1,095.0% untuk suku tahun keempat tahun 2020.
- Aemulus mencatakan kemerosotan pendapatan untuk suku tahun kedua tahun 2020, namun pada suku tahun ketiga, pendapatan syarikat ini terus meningkat dan mengekalkan momentumnya sehingga suku tahun keempat tahun 2020. .
A: Annual Earnings

Sumber : Malaysiastock.biz
Mengikut kriteria Annual Earnings pula, syarikat yang baik adalah syarikat yang mempunyai peningkatan pendapatan yang konsiten untuk tempoh lima tahun yang terkini. Untuk Aemulus, kita dapat melihat pendapatan syarikat pada tahun 2016 meningkat dengan mendadak sebelum kembali turun pada tahun berikutnya. Punca kepada peningkatan pendapatan pada tahun 2016 ini adalah daripada memorandum di antara Aemulus dan Shanghai Testrong Technologies Co.
Pendapatan syarikat untuk pelanggan di pasaran Timur jseperti China, Taiwan, Korea dan Jepun pada tahun itu amat memberangsangkan dan telah melebihi pendapatan daripada negara lain.
Pada tahun 2016 juga, ianya adalah tahun perubahan dalam pasaran telefon pintar dan kebanyakan perubahan landskap ini berpusat di China. Syarikat telefon pintar seperti Oppo dan Vivo menyumbang lebih daripada separuh kepada jumlah penghantaran telefon pintar di seluruh dunia. Syarikat Aemulus memberi tumpuan di dalam perniagaan untuk memasuki pasaran dan trend yang memerlukan syarikat sentiasa dekat dengan perkembangan teknologi yang boleh memanfaatkan lebih banyak perniagaan 4G dan teknologi 5G akan datang.
Ini juga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan syarikat pada tahun 2016 dan 2017.

Sumber: Trading View
Namun pada tahun 2017, Aemulus mencatatkan kemerosotan pendapatan bersih syarikat yang mendadak dan ianya adalah disebabakan oleh konflik yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan China. Hasil daripada perang perdagangan ini, industri semikonduktor telah terkesan teruk dengan penyusutan permintaan terhadap cip sebanyak 18% pada tahun 2019.
Dengan sekatan produk rangkaian telefon daripada China, Aemulus turut menerima tempias yang sama dan telah mencatakan kemerostan pendapatan pada penghujung tahun 2019.
N: News, Product & Management


Catalyst terkini mengenai Aemulus adalah kerjasama Aemulus dengan syarikat teknologi China “Made in Tangren”. “Made in Tangren” merupakan salah sebuah anak syarikat tidak langsung SMIC yang merupakan kilang cip terbesar di China. Walaupun syarikat dari China kebiasaannya sukar untuk berkerjasama dengan pihak lain, namun Aemulus mampu menarik perhatian syarikat dari China ini untuk bekerjasama dengan kekuatan teknologi yang dimilikinya.

S: Supply Dan Demand

Salah satu perkara yang perlu kita ambil kira dalam melihat penawaran dan permintaan ke atas saham syarikat, adalah saiz modal pasaran (market capitalization) sesebuah syarikat., Saiz yang ideal dan mampu bergerak dengan sihat adalah sekitar RM200 juta sehingga RM2 bilion. Modal pasaran Aemulus adalah sebanyak RM453.47 juta.
Modal pasaran p syarikat ini termasuk dalam kategori ringan jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain seperti Gtronic (RM2.0 bilion) dan MI (RM3.2 bilion). Seorang pedagang kebiasaanya lebih gemar saham syarikat yang ringan kerana ianya mudah untuk naik. Namun, kita perlu ingat bahawa saham syarikat yang cepat naik juga merupakan saham yang cepat turun.
Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil tahu jumlah saham yang terapung atau public float shares sesebuah syarikat. Public float sharest membawa maksud bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam, dan nilai yang baik adalahyang lebih rendah daripada 50%..

Public float shares Aemulus adalah sebanyak 27.2% dan ianya tergolong dalam kategori yang baik.
L: Leader & Laggard

Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor. Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah Leader atau Laggard adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View
Garisan berwarna oren dalam carta di atas adalah Bursa Malaysia Technology Index atau pun Indeks Teknologi di Bursa Malaysia. Di sini kita membandingkan pergerakan harga saham Aemulus dengan indeks teknologi secara keseluruhan .
Kita dapat lihat bagaimana pergerakkan harga saham lebih rendah berbanding indeks dan kita boleh rumuskan bahawa Aemulus merupakan laggard untuk sektor teknologi.

Jika kita membandingkan pergerakan harga saham Aemulus dengan syarikat gergasi seperti Greatec, ianya kelihatan jelas bahawa Greatec merupakan leader bagi sektor teknologi kerana pergerakan harga saham syarikat mendahului indeks teknologi.
I: Institutional Sponsorship


Institutional Sponsorship bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.
Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber: Bursa Marketplace
Kita dapat lihat hanya 8% saja pelabur institusi yang ada di dalam Aemulus.
M: Market Direction

Sumber: Trading View
Aemulus kini dalam fasa sideways sejak bulan September 2020 dan masih bertahan di paras support sekitar RM0.60. Pada bulan September 2020, Aemulus dilihat mencuba untuk membuat kenaikan dan telah berjaya membuat ATH (All-Time High) apabila mampu mencecahkan garisan resistance sekitar RM0.785 dan terus naik sehingga harganya berjaya mencecah RM0.840.Terkini, pergerakan harga Aemulus dilihat sedang berehat dan masih menunggu catalyst yang sesuaiuntuk membawa harganya naik kembali.
Sekarang kita pergi pula ke soalan yang paling diminati ramai. Boleh ke beli saham Aemulus ini?
Sekiranya kita seorang pelabur jangka masa panjang, Aemulus sesuai sangat untuk diperhatikan.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)