• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Tinggi, Cecah Paras Lebih 1,600

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia bangkit daripada penyusutan awalnya apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi hari ini dengan indeks petunjuk utama melepasi paras 1,600 mata berikutan minat risiko pelabur yang kembali ketara, kata peniaga.

Sokongan belian pada sesi tengah hari ini terbukti memacu indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menokok 10.98 mata dan membolehkannya mencecah paras tinggi harian pada 1,602.95 selepas susut sehingga ke paras 1,572.62 sebelum ini.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 889 berbanding 360 manakala 624 kaunter tidak berubah, 210 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6.54 bilion unit bernilai RM5.03 bilion daripada 7.73 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Rabu. 

Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata sentimen di pasaran terjejas berikutan spekulasi mengenai kemungkinan pelaksanaan langkah sekatan pergerakan susulan peningkatan jangkitan COVID-19.

Namun, keuntungan yang diraih oleh kaunter sarung tangan getah serta berkaitan minyak dan gas telah membantu mengurangkan penurunan tersebut, katanya.

“Kaunter pengeluar sarung tangan getah seperti Top Glove, Hartalega dan Supermax yang tersenarai dalam indeks FBM KLCI, menyaksikan dagangan berakhir dalam zon hijau (meningkat) susulan pertambahan jangkitan kes yang sebaliknya melonjakkan perrmintaan terhadap produk itu.

“Selain itu, penurunan jumlah simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) hanya meningkatkan lagi sokongan lanjut berikutan keputusan sebelah pihak Arab Saudi yang juga pengeksport terbesar minyak dunia untuk mengurangkan lagi pengeluaran komoditi itu dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Keadaan ini hanya mendorong peningkatan saham minyak dan gas seperti Dialog Group dan Petronas Dagangan,” katanya kepada Bernama.

Jelas Adam, sentimen secara keseluruhannya juga berkemungkinan turut dipengaruhi oleh tindakan bantahan dan ganas penyokong Presiden AS Donald Trump di Capitol Hill (Kongres AS) yang disusuli tindakan sekatan pergerakan ketika Naib Presiden Mike Pence terbukti enggan tunduk dengan permintaan Trump untuk membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya presiden yang dimenangi oleh Joe Biden.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Top Glove masing-masing untung empat sen kepada RM8.28 dan RM5.80, Public Bank meraih enam sen kepada RM20.40, Tenaga menokok 10 sen kepada RM10.52 dan IHH Healthcare naik 15 sen kepada RM5.70.

Petronas Chemicals, bagaimanapun, susut lima sen kepada RM7.05.

Bagi saham aktif, AT Systematization dan Dynaciate masing-masing meningkat setengah sen kepada 18 sen dan 13 sen, Iris naik satu sen kepada 38 sen manakala Yong Tai susut setengah sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 31.97 mata kepada 11,511.47, Indeks FBMT 100 meningkat 37.44 mata kepada 11,261.24 dan Indeks Syariah FBM Emas naik 79.46 mata kepada 12,927.88.

FBM 70 pula merosot 107.0 mata kepada 14,556.43 dan FBM ACE turun 24.31 mata kepada 10,540.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.38 mata kepada 14,967.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.76 mata kepada 171.81 namun Indeks Perladangan naik 50.68 mata kepada 7,397.85.

Dalam pada itu, jumlah dagangan berkurangan kepada 4.04 bilion saham bernilai RM4.26 bilion daripada 4.51 bilion saham bernilai RM3.43 bilion, semalam.

Jumlah waran meningkat kepada 500.05 juta unit bernilai RM68.73 juta daripada 427.71 juta unit bernilai RM69.82 juta pada Rabu.

Selain itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.0 bilion saham bernilai RM700.06 juta daripada 2.79 bilion saham bernilai RM902.16 juta, sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 758.34 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (1.12 bilion), pembinaan (340.12 juta), teknologi (273.72 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (115.74 juta), hartanah (533.72 juta), perladangan (124.15 juta), REIT (12.17 juta), dana ditutup (9,800), tenaga (343.15 juta), penjagaan kesihatan (192.09 juta), telekomunikasi dan media (69.3 juta), pengangkutan dan logistik (104.24 juta) serta utiliti (48.27 juta).

— BERNAMA 

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In