• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UMW Melepasi Sasaran Jualan Kenderaan Untuk 2020

in Catalyst
A A
Kumpulan UMW Mencatatkan Penjualan Kenderaan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — UMW Holdings Bhd telah melepasi sasaran jualan kenderaannya bagi 2020 berikutan jualan kukuh yang dicatatkan UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38 peratusnya, Perodua.

Dalam kenyataan hari ini, UMW berkata pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan berkuatkuasa 15 Jun 2020 telah meningkatkan permintaan dan merangsang jualan pada separuh kedua tahun itu.

“UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam tahun itu pada Disember dengan menjual 9,246 unit kenderaan, menjadikan jumlah jualan sebanyak 59,320 unit pada 2020.

“Ini melebihi sasaran jualan 53,000 unit bagi 2020 dengan Toyota Vios, Yaris dan Hilux menjadi model jualan terbaik UMWT pada tahun itu,” katanya.

Sementara itu, Perodua menjual 25,171 unit kenderaan pada Disember 2020, sekali gus merekodkan jualan sebanyak 220,154 unit bagi 2020 dan melepasi sasaran 210,000 unit pada tahun berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata pemulihan permintaan dalam separuh kedua tahun lepas telah didorong oleh pengecualian cukai jualan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi manfaat terhadap ekosistem automotif Malaysia.

“Kami berasa rendah diri dengan sokongan pelanggan yang memacu prestasi segmen automotif kami pada 2020 di sebalik cabaran yang wujud akibat pandemik COVID-19.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan pengecualian cukai jualan, malahan melanjutkannya sehingga 30 Jun 2021 yang akan mempercepatkan pemulihan sektor automotif,” katanya.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In