• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maybank Investment Bank Naikkan Saranan Kepada ‘Beli’ Ke Atas MISC

in Catalyst
A A
Maybank Investment Bank Naikkan Saranan Kepada ‘Beli’ Ke Atas MISC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengubah saranannya kepada ‘beli’ daripada ‘pegang’ ke atas MISC Bhd berikutan jangkaan peningkatan pendapatan dalam suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank IB berkata menerusi bekalan minyak yang lebih tinggi daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+)  dan Libya, pihaknya yakin bahawa kadar tangki mungkin meningkat secara berperingkat mulai suku pertama 2021.

“Selain disumbangkan enam kapal pengangkut etana berskala besar, pendapatan suku pertama MISC bagi 2021 akan bertambah baik bagi suku ke suku,” katanya.

Selain itu, Maybank IB berkata urus niaga pihak berkaitan MISC dengan Petronas akan menyusut pada masa akan datang berikutan kontrak luaran memberi sumbangan lebih besar daripada tahun kewangan 2021.

Firma penyelidikan itu berkata kadar tangki petroleum yang merosot 45 peratus suku ke suku berikutan permintaan minyak yang lembap dan pengurangan simpanan terapung boleh menyebabkan keputusan suku keempat 2020 yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Maybank IB mengekalkan harga sasaran MISC pada RM7.75.

Pada 12.04 tengah hari, saham MISC di Bursa Malaysia jatuh 17 sen kepada RM6.55 dengan 957,900 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In