Press Metal Aluminium Holdings Berhad (KLSE: 8869) (PMETAL) merupakan syarikat dalam sektor perindustrian yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan perdagangan aluminium. Nilai pasaran PMETAL yang terkini, adalah sekitar RM32.30 bilion dan PMETAL merupakan di antara 30 buah syarikat terbesar di Malaysia.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur dalam saham PMETAL.
1. Kapasiti Penghasilan
PMETAL telah meningkatkan kapasiti penghasilan produk-produk aluminium secara berterusan dengan pembinaan tapak peleburan aluminium Fasa 1 dan 2 di Salamaju Industrial Park, Bintulu, Sarawak pada tahun 2011 sehingga 2012 dan tahun 2014 sehingga 2016, dan pelaburan dalam Press Metal Aluminium Rods Sdn Bhd (PMAR) pada tahun 2018. Pada hari ini, PMETAL mempunyai kapasiti untuk menghasilkan:

2. Perolehan
PMETAL mencapai peningkatan perolehan CAGR sebanyak 22.76% , daripada RM1.13 bilion pada tahun 2009 kepada RM8.80 bilion pada tahun 2019.
Peningkatan jualan adalah berpunca daripada pelaburannya untuk menambah kapasiti pengeluaran produk-produk aluminium seperti diterangkan di atas.

3. Keuntungan Bersih
Secara keseluruhannya, PMETAL telah merekodkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM27.5 juta pada tahun 2009 kepada RM474.0 juta pada tahun 2019. Tetapi keuntungan bersih PMETAL untuk 10 tahun terkini telah mengalami penurunan yang mendadak pada tahun 2013.
Pada 27 Jun 2013, operasi PMETAL terjejas disebabkan kejadian blackout yang terjadi di seluruh negeri Sarawak pada hari berkenaan. Ia telah mengakibatkan pemejalan potline-nya di Mukah tidak dapat beroperasi dengan baik. PMETAL mengambil masa selama 9 bulan untuk memulihkan operasinya ke tahap sediakala.
PMETAL telah menanggung kerugian untuk operasinya di Mukah dan kerugian ini telah menyumbang kepada penurunan keuntungan bersih yang mendadak pada tahun 2013.

4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, PMETAL telah menjana sebanyak RM5.76 bilion di dalam aliran tunai operasi dan RM2.81 bilion di dalam pengeluaran ekuiti bersih dan peminjaman hutang jangka panjang. Daripada jumlah itu, ia telah membayar:
– RM5.57 bilion untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
– RM1.32 bilion untuk kos faedah (interest costs)
– RM1.08 bilion untuk dividen kepada pemegang saham
PMETAL adalah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan dan telah memilih untuk melaburkannya bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran produk aluminium di dalam tempoh 10 tahun tersebut.
5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 30 September 2020, PMETAL telah mencatatkan RM4.40 bilion untuk liabiliti bukan semasa dan RM3.76 bilion untuk ekuiti keseluruhan. Jadi bagi PMETAL, nisbah hutangnya adalah sebanyak 94.9%. Pada masa yang sama, syarikat telah merekodkan RM2.63 bilion di dalam aset semasa dan RM1.59 bilion di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini bagi PMTEAL adalah 1.66.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan terkini, PMETAL telah merekodkan RM7.57 bilion di dalam perolehan dan RM446.1 juta di dalam keuntungan bersih atau 11.05 sen dalam Earnings Per Share (EPS). Perolehan dan keuntungan bersih telah merosot disebabkan penurunan harga jualan aluminium pada 2020 kerana wabak COVID-19.

7: Tapak Peleburan Aluminium Fasa 3
PMETAL sedang membina tapak peleburan aluminium untuk fasa 3 yang sudah operasi pada Januari 2020. Ini membolehkan kapasiti pengeluaran produk aluminium meningkat sebanyak 42%, daripada 760,000 tan setahun kepada 1,080,000 tan setahun.
Bagi memastikan bekalan aluminium yang mencukupi, PMETAL telah melabur ke dalam:
1. Japan Alumina Aassociates Pty LTD (JAA)
Press Metal telah membeli 50% pemegangan saham di dalam Japan Alumina Associates Pty Ltd (JAA) dengan harga USD259.9 juta pada tahun 2019. JAA memiliki 10% pemegangan saham dalam Worsley Alumina Unincorporated Joint Venture (Worsley Alumina UJV), iaitu salah sebuah penghasil aluminium terbesar di dunia.
2. PT Bintan Alumina
Press Metal juga telah membeli 25% pemegangan saham dalam PT Bintan Alumina, sebuah syarikat penghasil aluminium pada harga USD80.23 juta. Kini, PT Bintan Alumina sedang membina sebuah tapak aluminium refinery di Galang Batang, Indonesia yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 2.0 juta tan setahun.
8. P/E Ratio
Pada 27 Disember 2020, harga saham PMETAL adalah sekitar RM8.00 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 73.64 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 19.42 sen. Jika kita bandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nisbah terkini adalah lebih tinggi daripada jumlah nisbah purata untuk tempoh 10 tahun terkini.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 8.00 / RM 0.1105
= 72.40

9. P/B Ratio
Pada Q3 2020, PMETAL telah merekodkan sebanyak RM0.93 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 8.60. Jika kita membandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nisbah terkini adalah lebih tinggi daripada purata nisbahnya untuk tempoh 10 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 8.00 / RM 0.93
= 8.60

10. Kadar Dividen
Untuk tempoh 12 bulan terkini, PMETAL telah membayar 4.25 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividennya terkini adalah 0.53% setahun. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), kadar dividen yang terkini adalah lebih rendah daripada 1.54%, iaitu puratanya bagi tempoh 10 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.0425 / RM 8.00) x 100%
= 0.53%

Kesimpulan:
Sebagai kesimpulannya:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham PMETAL? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)