Terdapat 956 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan 784 daripadanya terdiri daripada papan utama, 136 di papan ACE dan baki 36 yang lain tersenarai di papan LEAP. Daripada jumlah ini, 715 kaunter adalah merupakan saham yang patuh syariah. Namun bukan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia membuat keuntungan dan mempunyai prestasi yang baik.
Bagi syarikat yang bermasalah, Bursa Malaysia akan meletakkan syarikat ini di bawah status pemerhatian. Syarikat AirAsia juga pada tahun ini hampir tergolong sebagai syarikat yang bermasalah disebabkan masalah kewangan syarikat yang membimbangkan.
Untuk syarikat-syarikat yang bermasalah, status Practice Note 17 (PN 17) akan diberikan kepada syarikat yang tersenarai di papan utama. Manakala syarikat yang tersenarai di papan ACE pula akan diberikan status Guidance Note 3 (GN3). Senarai kaunter PN17 dan GN3 ini juga akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Syarikat yang disenaraikan sebagai PN17 atau GN3 perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini dibuat agar syarikat dapat membuat rancangan pemulihan yang bakal dilaksanakan bagi menyusun semula kewangan syarikat agar berupaya menjana keuntungan semula. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat yang ada di dalam senarai ini boleh membuat pemohonan rayuan untuk dikeluarkan daripada senarai pemerhatian pihak Bursa Malaysia.
Jika syarikat tersebut gagal memenuhi perkara di atas, Bursa Malaysia berhak untuk menggantung saham syarikat tersebut daripada didagangkan di pasaran saham. Lebih berat lagi, saham syarikat akan dinyahkan daripada pasaran saham tempatan. Untuk pelabur yang melabur saham di syarikat yang dinyah senarai ini akan berisiko kehilangan semua wang pelaburan mereka.
Bagaimana Nak Kenalpasti Syarikat Yang Bermasalah PN17 Atau GN3?

Syarikat yang bermasalah dan tergolong sebagai PN17 dan GN3 ini biasanya akan mempunyai simbol ‘!’ di sebelah nama syarikat tersebut.

Untuk mengetahui lebih tentang makna-makna simbol pada trading platform, jemput baca artikel Fahami Simbol-Simbol Dan Warna Berbeza Yang Ada Di Plaform Trading.
Berikut adalah senarai penuh syarikat yang bermasalah pada tahun 2020 yang telah dikemaskini pada tarikh 30 November 2020.
Syarikat PN17
- APFT Berhad
- Asia Media Group Berhad
- Barakah Offshore Petroleum Berhad
- Bertam Alliance Berhad
- Brahim’s Holdings Berhad
- China Automobile Parts Holdings Limited
- Comintel Corporation Berhad
- Daya Materials Berhad
- Eka Noodles Berhad
- FSBM Holdings Berhad
- Iqzan Holding Berhad (Formerly Known As Ire-Tex Corporation Berhad)
- Kinsteel Bhd
- Konsortium Transnasional Berhad
- MAA Group Berhad
- Malaysia Pacific Corporation Berhad
- Nationwide Express Holdings Berhad
- Perak Corporation Berhad
- Scomi Energy Services Berhad
- Scomi Group Berhad
- Seacera Group Berhad
- Sumatec Resources Berhad
- Th Heavy Engineering Berhad
Syarikat GN3
- G Neptune Berhad
- IDimension Consolidated Berhad
- Wintoni Group Berhad
Oleh itu, jauhilah daripada saham-saham yang bermasalah ini. Banyak lagi syarikat yang mempunyai prestasi yang baik. Kita boleh membuat kajian CANSLIM atau menggunakan 5 Magic Numbers bagi membantu kita memilih syarikat-syarikat dengan fundamental yang kuat.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)