• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Terus Merosot Ketika Dibuka Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dengan sentimen pasaran terus diselubungi dengan kebimbangan terhadap kemunculan semula kes COVID-19 serta harga minyak mentah yang lemah, kata para peniaga.

Pada pukul 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.67 mata kepada 1,629.25 selepas dibuka 0.63 mata lebih rendah pada 1,631.55 pagi ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi  dengan 295 berbalas 165 manakala 1,256 kaunter tidak berubah, 432 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.13 bilion unit bernilai RM417.16 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata, pasaran serantau kemungkinan menyaksikan prestasi bercampur-campur berikutan berlakunya pembetulan kecil yang berterusan.

“Di pasaran tempatan pula, kami berpendapat FBM KLCI akan menguji paras 1,620 hari ini selepas indeks penanda aras mungkin membalikkan aliran menurunnya yang menyaksikan kerugian sebanyak 50 mata sejak seminggu yang lepas.

“Kami ingin menasihati para pelabur untuk membeli ketika harga saham lemah kerana kami menjangkakan bursa tempatan akan melantun bila-bila masa dalam waktu terdekat ini,” kata beliau dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM8.36, Top Glove susut satu sen kepada RM6.68 dan Hartalega lebih rendah dua sen kepada RM12.58.

Sementara itu, Public Bank, Tenaga, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM20.46, RM10.58, RM7.41, dan RM5.65.

FGV mendahului senarai paling cergas berikutan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat dan ia meningkat sembilan sen kepada RM1.27.

Kaunter paling cergas yang lain, Konsortium dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 14.5 sen dan 12.5 sen sementara Fintec turun setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 21.96 mata pada 11,687.5, Indeks FBMT 100 susut 14.74 mata kepada 11,466.96, Indeks FBM Emas Syariah merosot 14.16 mata kepada 13,167.18, FBM 70 turun 3.4 mata kepada 14,904.38, dan FBM ACE jatuh 35.14 mata kepada 10,442.06.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.36 mata kepada 172.13, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 60.67 mata kepada 15,088.77 tetapi Indeks Perladangan naik 15.77 mata kepada 7,297.22.

– BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In