• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tempahan Dalam Tangan Serba Dinamik Pada RM18.5 Bilion

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd telah memenangi kontrak dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10.87 bilion setakat ini, tiga kali ganda lebih banyak berbanding RM3.5 bilion yang diperoleh pada 2019, menjadikan tempahan dalam tangan semasa kumpulan berada pada RM18.5 bilion. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata walaupun menghadapi masa yang sukar pada 2020, kumpulan itu masih memiliki kehadiran yang kukuh di enam wilayah dan 24 negara.

Walaupun syarikat telah mengalami ketidaktentuan harga saham, asasnya kekal kukuh dan ia sedang memasuki 2021 dengan cemerlang.

“Kami melihat 2021 dengan penuh rasa yakin memandangkan kami mempunyai banyak rancangan. Segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kami menyaksikan peningkatan sumbangan yang ketara terhadap hasil, seiring dengan komitmen kami untuk mengembangkan segmen ini agar ia membuka peluang masa depan yang lebih cerah kepada kumpulan, sejajar dengan peralihan pesat dunia ke arah pendigitalan.

”Selain segmen ICT kami, kami juga akan terus mencari peluang dalam bidang minyak dan gas (O&G), utiliti serta teknologi angkasa pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan. 

Serba Dinamik, melalui bahagian teknologi ICT kumpulan, SDIT AI Inc. (SDIT), telah memutuskan untuk beroperasi dari California, Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai tempat kelahiran syarikat teknologi Lembah Silikon, sekali gus mewujudkan peluang yang lumayan bagi perniagaan. 

Sementara itu, SDIT akan meneruskan kerjasama dengan Universiti Stanford dalam meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang robotik.

”Input teknikal ini akan menampung elemen teknologi AI yang sedia ada untuk aplikasi dalaman kami. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SDIT telah meraih kemajuan dalam pengetahuan serta keupayaan dalam teknologi Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 dan sudah tiba masanya untuk melaksanakan inisiatif ini di peringkat global. 

”Pakar tempatan kami akan memberi tumpuan terutamanya kepada keselamatan siber, AI, teknologi kewangan termasuk keupayaan realiti bercampur penyelesaian bersepadu dengan sasaran pelanggan dari institusi dan pengguna massa,” katanya, sambil menambah kumpulan itu bakal berkembang pada 2021 melalui kerjasama dengan Stamford University untuk pengembangan teknologi.

Abdul Karim berkata kumpulan itu telah mengenal pasti 23 rakan kongsi di benua Afrika yang berpotensi dalam telekomunikasi, bandar pintar, e-Tadbir Urus dan pelbagai penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan negara-negara tersebut. 

“Serba Dinamik juga secara agresif sedang mengkaji lebih banyak projek di Afrika dan Asia Tengah memandangkan ia memiliki keupayaan dalam operasi serta penyelenggaraan; kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan serta pentauliahan; ICT termasuk pendidikan dan latihan,” tambahnya.

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In