• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Felda Tidak Berhasrat Kekalkan Status Penyenaraian FGV

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia di atas tawaran pengambilalihan mandatori. 

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Felda berkata sekiranya Felda menerima penerimaan yang sah, yang menyebabkan Felda dan sekutunya memegang agregat 90 peratus atau lebih saham FGV, pengumuman segera akan dibuat oleh FGV.   

Sejurus pengumuman tersebut, Bursa Securities akan menggantung dagangan dalam saham FGV sebaik sahaja tamat tempoh lima hari pasaran dari tarikh tutup. 

Selepas itu, Felda akan mengemukakan permintaan kepada FGV untuk mengambil prosedur yang diperlukan bagi menarik balik status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi mengikut Bab 16 Keperluan Penyenaraian.

“Bursa Securities melalui budi bicaranya boleh mengenakan syarat tambahan untuk penarikan balik status penyenaraian FGV daripada Senarai Rasmi.   

”Jika nyahsenarai FGV daripada Senarai Rasmi berjaya, saham FGV tidak  akan disebut harga dan didagangkan di Pasaran Utama Bursa Securities,” katanya. 

Maybank IB ketika bercakap mengenai sumber kewangan berkata Felda telah mengesahkan bahawa ia mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi penerimaan penuh tawaran itu. 

Felda juga telah mengesahkan bahawa tawaran itu tidak akan gagal disebabkan keupayaan kewangan yang tidak mencukupi dan setiap pemegang yang ingin menerima tawaran itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai. 

Pada 8 Dis, 2020 Felda memeterai dua perjanjian pembelian saham bersyarat (CSPA) dengan vendor Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) serta Urusharta Jamaah Sdn Bhd bagi membeli sejumlah kepentingan ekuiti sebanyak 13.88 peratus mewakili 506.19 juta saham untuk pertimbangan tunai berjumlah RM658.04 juta atau RM1.30 sesaham FGV. 

Selepas selesai pengambilalihan, pegangan saham kolektif Felda dan individu yang bertindak bersama dengannya dalam FGV akan meningkat kepada 50.49 peratus daripada 36.61 peratus sebelum ini.

Sehubungan itu, menurut Seksyen 218(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Perenggan 4.01(a) Kaedah-Kaedah Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib, Felda wajib melanjutkan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk memperoleh semua baki saham FGV. 

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In