• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Datasonic Cadang Satu Saham Bonus Untuk Setiap Saham

in Berita
A A
Datasonic Cadang Satu Saham Bonus Untuk Setiap Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Datasonic Group Bhd telah mencadangkan untuk melakukan menerbitkan bonus sehingga 2.17 bilion saham biasa baharu berdasarkan satu saham bonus untuk setiap saham Datasonic yang dipegang pada tarikh kelayakan yang akan diumumkan kemudian.

Penyedia penyelesaian bersepadu berkaitan keselamatan itu berkata langkah itu sejajar dengan tujuan kumpulan untuk memberi penghargaan kepada pemegang sahamnya dan juga berpotensi meningkatkan kecairan dagangan saham syarikat itu di Bursa Malaysia tanpa menjejaskan permodalan pasaran kumpulan tersebut.

Pengerusi Bukan Eksekutif Datasonic, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali berkata, isu bonus yang dicadangkan itu adalah luahan penghargaan terhadap keyakinan dan kesabaran yang diberikan kepada kumpulan itu ketika ia mengembangkan perniagaannya.

“Selain itu, diharapkan dapat meningkatkan kecairan saham kami dan menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh pelabur serta berpotensi memperluaskan asas pemegang saham,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah selesai langkah tersebut, modal saham terbitan Datasonic yang diperbesarkan di bawah senario maksimum akan meningkat kepada RM1.19 bilion, merangkumi 4.35 bilion saham biasa, naik daripada 1.35 bilion saham.

Senario maksimum mengandaikan pelaksanaan Waran A tertunggak, pemberian sepenuhnya dan pelaksanaan opsyen (berdasarkan jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah skim pilihan saham pekerja), dan dengan anggapan semua saham perbendaharaan dijual semula di pasaran terbuka.

Sebaliknya, senario minimum mengandaikan bahawa tidak ada Waran A yang tertunggak, tidak ada pilihan yang diberikan, dan semua saham perbendaharaan dikekalkan.

Tanpa mengambil kira perkara di luar jangka dan tertakluk kepada persetujuan pihak berkuasa yang relevan, syarikat itu berkata langkah itu dijangka selesai pada suku keempat 2020.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In