Pernah tak kita tengok satu saham tu dia naik mendadak selama beberapa hari berturut-turut, tiba-tiba pihak Bursa mengenakan ‘UMA Query’ kepada syarikat tersebut. Syarikat yang dikenakan UMA ini pula wajib untuk memberi jawapan atau maklumbalas terhadap query tersebut.
Apa Itu UMA?

UMA adalah singkatan untuk “Unusual Market Activity” yang bermaksud aktiviti pasaran yang luar biasa. UMA adalah peristiwa di mana terdapat perubahan yang ketara dan perubahan yang sukar untuk dijelaskan dalam harga sesebuah saham. Bursa Malaysia akan mengeluarkan “UMA Query” kepada syarikat tersebut sebagai salah satu cara untuk memastikan integriti pasaran saham.
Kenapa Bursa Buat UMA Query?
UMA Query berfungsi untuk:
- Meminta syarikat yang tersenarai untuk mendedahkan sebarang maklumat penting yang belum lagi diumumkan.
- Memaklumkan dan mengemaskini pelabur dengan maklumat terkini.
Bila UMA Query Dikeluarkan?
Apabila Bursa Malaysia mengesan perubahan ketara secara tiba-tiba harga saham dan aktiviti perdagangan sekuriti, ini tidak bermakna Bursa akan secara automatik perlu mengeluarkan UMA Query. Pihak Bursa berpendapat bahawa tidak perlu untuk mengeluarkan query setiap kali terdapat perubahan harga yang ketara kerana sifat pasaran yang dinamik menjadikan harga naik dan turun disebabkan banyak faktor.
Keputusan untuk mengeluarkan UMA query hanya akan dibuat setelah pihak Bursa menilai kenaikan luar biasa harga saham daripada pelbagai sudut. Dalam hal ini, UMA Query yang dikeluarkan telah melalui garis panduan dan parameter yang ketat. Garis panduan tersebut merangkumi penilaian faktor-faktor seperti pengumuman korporat yang dibuat oleh syarikat, perkembangan pasaran yang mungkin mempengaruhi saham syarikat, trend industri, laporan penganalisis dan sentimen pasaran.
Respon Syarikat Terhadap UMA Query

Syarikat yang dikenakan UMA Query wajib memberi respon selewat-lewatnya sehari daripada tarikh UMA query dikeluarkan, melainkan mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk memberi respon sedikit lewat.
Sekiranya respon yang diberi terhadap UMA Query tersebut didapati kurang tepat atau mengelirukan, pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan terhadap syarikat dan pengarah syarikat tersebut.
Meskipun pihak syarikat telah memberi respon terhadap UMA Query tersebut, ini bukan bermakna pihak Bursa akan berhenti di situ. Pihak Bursa akan terus mengawasi aktiviti jual beli saham syarikat tersebut.
Sumber Maklumat Syarikat Yang Dikenakan UMA Query
Mudah sahaja untuk kita mendapatkan maklumat mengenai syarikat yang dikenakan UMA Query. Salah satu cara adalah dengan mendapatkan maklumat tersebut di laman web Bursa Malaysia.


Selain daripada Bursa Malaysia, kita juga boleh mendapatkan maklumat ini di lawan web Malaysiastock.biz.

Contoh Peringatan Bursa Kepada Para Pelabur:

Ada juga situasi di mana Bursa Malaysia memberi peringatan kepada para pelabur untuk berhati-hati ketika berdagang atau melabur di dalam kaunter Gets Global Berhad (GETS). Ini berikutan kenaikan mendadak harga saham GETS dan pihak syarikat Gets Global sendiri telah memberi respon terhadap query yang dikenakan terhadap mereka.
Berhubung dua queries yang dikenakan terhadap GETS, pihak syarikat menyatakan bahawa mereka tidak tahu sebab di sebalik aktiviti perniagaan luar biasa harga saham syarikat itu.
GETS GLOBAL BERHAD

Setakat ini GETS telah menerima tiga UMA query daripada Bursa Malaysia iaitu bertarikh 26 Ogos 2020, 20 Oktober 2020 dan 12 November 2020. Mari lihat apa yang terjadi kepada saham GETS setelah dikenakan tiga query tersebut.

Carta menunjukkan setiap kali Bursa mengenakan query kepada Gets, saham tersebut akan jatuh pada keesokan harinya. Para pemilik saham Gets bernasib baik kerana meskipun telah dikenakan query pada kali pertama dan kedua, saham tersebut masih mendapat minat daripada pembeli. Namun setelah dikenakan UMA query untuk kali ketiga, saham tersebut seolah-olah pancit dan menukar arah trend.
Sebagai kesimpulan, kita perlu berhati-hati dengan kaunter-kaunter yang dikenakan UMA query daripada pihak Bursa, kerana adalah tugas Bursa untuk memastikan pasaran diselia dengan baik agar para pelabur tidak terkesan dengan permainan pump and dump oleh pihak sindiket. UMA query juga boleh dijadikan sell signal kerana kebiasaannya kaunter yang telah dikenakan UMA query akan jatuh pada keesokan harinya.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)