• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Akhiri Kenaikan Selama Lima Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan sepanjang minggu lepas ditutup rendah hari ini susulan prestasi serantau yang bercampur-campur, berikutan pengambilan untung dalam saham berwajaran tinggi dengan didahului kaunter sarung tangan.

Petunjuk pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.84 mata kepada 1,662.74 daripada 1,684.58 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indesk itu dibuka 2.12 mata lebih rendah kepada 1,682.46 sebelum bergerak di antara 1,662.45 dengan 1,695.96 mata sepanjang dagangan hari ini.

Bagi pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 964 berbanding dengan 461 manakala 368 kaunter tidak berubah, 351 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11.88 bilion saham bernilai RM7.20 bilion daripada 10.03 bilion saham bernilai RM6.19 bilion pada Jumaat lepas.

Di peringkat rantau, Bursa Saham Shanghai China meningkat 0.66 peratus lepada 3,369.12, Indeks Straits Times Singapura naik 1.48 peratus kepada 2,863.45 dan Nikkei 225 Jepun menambah 0.30 peratus kepada 26,732.44 namun Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.44 peratus kepada 26,389.52.

Peniaga berkata pasaran serantau mengalami prestasi bercampur-campur dalam situasi kemajuan yang dicatatkan vaksin COVID-19, apabila Amerika Syarikat mula menghantar vaksin pada hujung minggu yang baru berakhir.

Sentimen pasaran turut disokong oleh laporan bahawa Britain dan Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk meneruskan rundingan perdagangan Brexit selepas tarikh akhir pada Ahad, katanya.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata bagi peringkat tempatan, pasaran kekal rancak pada kebanyakan masa dagangan dengan meneruskan penutupan tertinggi dalam tempoh 18 bulan pada Jumaat lepas, dipacu oleh faktor pemulihan serta tempoh berterusan bagi kalangan syarikat memperelok akaun masing-masing.

“Bagaimanapun pengambilan untung pula wujud kerana pasaran amat kukuh minggu lepas.

“Di samping itu, pasaran juga mengalami penjualan saham syarikat sarung tangan getah yang berterusan menjelang akhir sesi dagangan, mempengaruhi indeks barometer dalam keadaan pengagihan vaksin,” katanya kepada Bernama.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.90, Public Bank dan Top Glove masing-masing susut 60 sen kepada RM21.30 dan RM6.30 manakala Petronas Chemicals kurang empat sen kepada RM7.85 sementara Tenaga naik 26 sen kepada RM10.60.

Kalangan saham aktif, Sino Hua-An menokok tiga sen kepada 16.0 sen, AirAsia X naik 1.5 sen kepada 10.5 sen dan P.A Resources menambah setengah sen kepada 18.5 sen.

Iris turun dua sen kepada 37 sen sementara waran Focus Dynamics tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 153.75 mata kepada 11,931.96, Indeks FBMT 100 turun 148.51 mata kepada 11,700.23, FBM 70 susut 172.38 mata kepada 15,197.63, Indeks FBM Emas Syariah merosot 222.94 mata kepada 13,208.59 dan FBM ACE jatuh 602.98 mata kepada 10,468.12.

Sementara itu, Perkhidmatan Kewangan turun 131.79 mata kepada 15,914.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 1.22 mata kepada 176.45 dan Indeks Perladangan turun 69.50 mata kepada 7,342.59.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.57 bilion saham bernilai RM6.15 bilion daripada 5.99 bilion saham bernilai RM5.11 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran menambah kepada 1.60 bilion unit bernilai RM259.50 juta daripada 1.23 bilion unit bernilai RM216.62 juta .

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula berkurangan kepada 2.71 bilion saham bernilai RM796.33 juta daripada 2.8 bilion saham bernilai RM861.41 juta pada Jumaat lepas.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbangkan 1.60 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.83 bilion), pembinaan (357.53 juta), teknologi (472.93 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (222.63 juta), hartanah ( 545.91 juta), perladangan (149.95 juta), REIT (19.66 juta), dana tertutup (48,300), tenaga (1.84 bilion), penjagaan kesihatan (184.27 juta), telekomunikasi dan media (97.50 juta), pengangkutan dan logistik (143.16 juta) serta utiliti (114.89 juta).

— BERNAMA

Share272ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In