• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham LITRAK (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham LITRAK (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (KLSE: 6645) (LITRAK) adalah pemilik konsesi untuk dua lebuhraya di Lembah Klang iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Western Kuala Lumpur Traffic Dispersal Scheme (SPRINT). Nilai pasaran terkini bagi LITRAK adalah RM2.17 bilion.

Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham LITRAK.

1. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

LITRAK memegang konsesi LDP menerusi  anak syarikat milik penuhnya, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd. Tempoh konsesi ini adalah selama 34 tahun dan konsesi ini akan tamat pada tahun 2030. LITRAK menjana pendapatannya daripada empat buah plaza tol iaitu Tol Petaling Jaya, Tol Penchala, Tol Puchong Barat dan juga Tol Puchong Selatan. Sejak tahun 2015, jumlah purata trafik tol mingguan (TT) telah menurun daripada 502,100 sehari kepada 447,000 sehari.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Penurunan ini berpunca daripda penggunaan pengangkutan alternatif seperti LRT dan MRT untuk tempoh tersebut.

2. SPRINT

LITRAK memiliki 50% pemegangan saham di dalam syarikat Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd, iaitu syarikat yang memegang konsesi SPRINT. Ia menjana pendapatannya daripada tiga plaza tol iaitu, Tol Damansara, Tol Pantai dan Tol Bukit Kiara. Tempoh konsesi LITRAK untuk Tol Damansaradan Tol Pantaiadalah selama 36 tahun dan akan tamat pada tahun 2034. Konsesi bagi Tol Bukit Kiara pula adalah selama 33 tahun dan akan tamat pada tahun 2031.

Jumlah purata trafik tol mingguan untuk lebuhraya ini telah menurun daripada 249,100 sehari pada tahun 2015 kepada 199,500 sehari pada tahun 2020.

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

LITRAK telah merekodkan peningkatan mendadak daripada segi perolehannya iaitu daripada RM416.2 juta pada tahun 2016 kepada RM534.2 juta pada tahun 2017. Peningkatan ini adalah kerana kenaikan harga tol kereta LDP daripada RM1.60 kepada RM2.10. Sejak tahun 2017, LITRAK  telah merekodkan penurunan daripada segi perolehan daripada RM534.2 juta pada tahun 2017 kepada RM503.8 juta pada tahun 2020.

Penurunan ini adalah selaras dengan penurunan daripada segi jumlah trafik (TT) untuk tempoh tersebut.

LITRAK telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM86.0 juta pada tahun 2010 kepada RM261.9 juta pada tahun 2020. Penurunan ini  berpunca daripada penurunan pembayaran kos faedah LITRAK disebabkan pembayaran hutang jangka panjang yang berterusan pada masa tersebut. LITRAK  telah mencatat purata Return on Equity (ROE) sebanyak 26.71% setahun untuk tempoh 10 tahun terkini.

Ini bererti, LITRAK menjana RM26.71 untuk keuntungan bersih daripada setiap RM 100 ekuiti pemegangan saham pada tahun 2011 sehingga tahun 2020.

4. Pengurusan Aliran Tunai

Sejak tahun 2011 sehingga tahun2020, LITRAK telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM3.06 bilion, RM69.3 juta untuk keuntungan daripada pelaburan Islamik, RM71.6 juta di dalam pendapatan faedah dan RM111.2 juta di dalam pengeluaran ekuiti.

Daripada jumlah tersebut, LITRAK telah membayar sebanyak:

a. RM734.6 juta untuk kos faedah (interest costs).

b. RM7.5 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PP&E).

c. RM377.6 juta untuk highway development expenses (HDE).

d. RM53.5 juta untuk pembiayaan kos pembaikian berat (heavy repairs).

e. RM753.0 juta untuk pembayaran bersih hutang jangka panjang.

f. RM1.11 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.

LITRAK telah menambah baki tunainya daripada RM409.8 juta pada tahun 2010 kepada RM626.8 juta pada tahun 2020. Jadi, terbukti bahawa LITRAK merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi yang positif dan berupaya untuk menurunkan jumlah liabiliti syarikat.

LITRAK juga memberi dividen secara konsisten kepada pemegang sahamnya untuk tempoh 10 tahun terkini.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q2 2021, LITRAK mencatatkan RM603.9 juta untuk liabiliti bukan semasa dan RM1.13 bilion untuk ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang bagi LITRAK adalah 53.6%, ini merupakan satu penurunan secara berterusan sebanyak 471.3% pada tahun 2011. Pada masa tersebut, LITRAK telah merekodkan RM627.6 juta di dalam aset semasa dan RM231.7 juta di dalam liabiliti semasa.

Jadi, nisbah semasa LITRAK adalah 2.71.

6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk 12 bulan terkini, LITRAK telah menjana sebanyak RM434.1 juta di dalam perolehan. Daripada jumlah itu, LITRAK telah merekodkan sebanyak RM222.9 juta keuntungan bersih atau 41.93sen dalam Earnings Per Share (EPS). Syarikat telah merekodkan perolehan dan keuntungan bersih yang rendah pada Q1 2021 kerana pengurangan trafik yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa tersebut.

7. P/E Ratio

Pada 8 Disember 2020, harga saham LITRAK adalah sekitar RM4.08 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini ialah 9.73 jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk 12 bulan terkini sebanyak 41.93sen. Jika kita gunakan EPS tahun 2020 iaitu sebanyak 49.39 sen, P/E Ratio bagi LITRAK adalah 8.26.

Jika kita membandingkannya dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2011 sehingga 2020), jumlah kedua-dua nisbah tersebut adalah lebih rendah daripada purata dalam 10 tahun tersebut.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 4.08 / RM 0.4193

= 9.73

P/E Ratio Terkini (2020 EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 4.08 / RM 0.4939

= 8.26

8. P/B Ratio

Pada Q2 2021, LITRAK telah merekodkan sebanyak RM2.12 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 1.92. Kalau kita bandingkan ia dengan nisbah P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ianya adalah lebih rendah daripada purata dalam 10 tahun tersebut.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 4.08 / RM 2.12

= 1.92

9. Kadar Dividen

LITRAK telah membayar 25.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS) sejak lima tahun yang lalu. Maka, kadar dividen yang terkini adalah sebanyak 6.13% setahun. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ianya lebih tinggi daripada nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun terkini iaitu sebanyak 4.85%.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.25 / RM 4.08) x 100%

= 6.13%

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya:

Jadi, wajarkah untuk kita melabur ke dalam saham LITRAK? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share436ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In