• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Oleh Saham Perbankan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, ditutup lebih kukuh, didorong oleh keuntungan besar dalam saham perbankan yang didahului oleh Public Bank.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 14.83 mata untuk ditutup pada 1,646.53 selepas bergerak antara 1,638.77 dan 1,654.15 sepanjang sesi urus niaga.

Indeks utama turut berlegar dalam zon positif pada keseluruhan urus niaga, disokong oleh sentimen pasaran positif yang bawa oleh berita mengenai vaksin COVID-19 dan harapan terhadap pakej rangsangan di Amerika Syarikat.

Public Bank menyumbang 10.59 mata kepada kenaikan indeks komposit selepas meningkat RM1.40 kepada RM19.86, dengan 19.84 juta saham bertukar tangan selepas pengumuman mengenai terbitan bonus bank berkenaan.

Untuk saham perbankan lain, Maybank meningkat 14 sen kepada RM8.38, Hong Leong mengembang 66 sen kepada RM18.88, RHB mengukuh 20 sen kepada RM5.80, Hong Leong Financial lebih tinggi sebanyak 40 sen kepada RM17.60 dan CIMB menokok 12 sen kepada RM4.05  

Keuntungan yang diraih telah membantu mengukuhkan Indeks Perkhidmatan Kewangan yang melonjak 493.55 mata kepada 15,057.91.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 743 berbalas 524, sementara 433 kaunter tidak berubah, 439 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11.88 bilion saham bernilai RM6.68 bilion daripada 11.26 bilion saham bernilai RM6.39 bilion pada Selasa.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata sentimen di pasaran dirangsang oleh perkembangan positif mengenai vaksin COVID-19 dengan United Kingdom menjadi negara Barat pertama memulakan kempen terhadap vaksinasi.

“Johnson & Johnson melaporkan ia boleh memperoleh keputusan percubaan peringkat akhir untuk satu dos pada Januari, lebih awal daripada jangkaan.

“Sementara itu, Pfizer Inc melepasi satu lagi halangan selepas pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat mengeluarkan dokumen yang menunjukkan tiada kebimbangan baharu,” kata beliau kepada Bernama

Beliau juga berkata kemudahan pinjaman BigPay AirAsia yang kemungkinan diluluskan tahun depan, turut membantu sentimen belian terhadap saham perbankan.

AirAsia X naik 1.5 sen kepada 8.5 sen tetapi AirAsia Group turun setengah sen kepada 87.5 sen.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga turun 12 sen kepada RM10.64, Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM7.67, dan Hartalega tidak berubah pada RM14.66.

Top Glove menyusut 25 sen kepada RM6.84 walaupun mencatatkan satu lagi rekod pada suku pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos, 2021, dengan keuntungan bersihnya melonjak 20 kali ganda kepada RM2.38 bilion daripada RM111.43 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bagi saham paling cergas, XOX naik setengah sen kepada 11 sen, Sino Hua-An menokok satu sen kepada 12 sen dan AT Systematization turun setengah sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 58.79 mata kepada 11,874.58, Indeks FBMT 100 meningkat 63.09 mata kepada 11,631.72 dan FBM ACE mengembang 82.55 mata kepada 10,940.14.

Bagaimanapun, FBM 70 merosot 80.07 mata kepada 15,287.47 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 93.45 mata kepada 13,506.43.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian  menambah 0.69 mata kepada 176.21, tetapi Indeks Perladangan jatuh 8.69 mata kepada 7,361.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.31 bilion saham bernilai RM5.35 bilion daripada 6.96 bilion saham bernilai RM4.98 bilion pada hari Selasa.

Perolehan waran turun kepada 870.69 bilion unit bernilai RM148.21 juta daripada 912.33 bilion unit bernilai RM162.65 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.7 bilion saham bernilai RM1.18 bilion daripada 3.38 bilion saham bernilai RM1.25 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 2.1 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian  (1.72 bilion), pembinaan (454.85 juta), teknologi (282.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (161.8 juta), hartanah ( 676.46 juta), perladangan  (111.73 juta), REIT (14.4 juta), dana tertutup (21,400), tenaga (1.16 bilion), penjagaan kesihatan (144.37 juta), telekomunikasi dan media (115.32 juta), pengangkutan dan logistik (319.51 juta) dan utiliti (56.11 juta).

– BERNAMA

Share274ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In