• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pentadbiran Biden Hadkan Implikasi Kredit Terhadap Asia

in Berita
A A
Pentadbiran Biden Hadkan Implikasi Kredit Terhadap Asia

Kredit Gambar: CNN

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Walaupun terdapat penekanan baharu untuk meningkatkan hubungan dengan negara sekutu tradisi di Asia, dasar Amerika Syarikat (AS) terhadap China tidak mungkin berubah secara mendadak di bawah pentadbiran bakal Presiden Joe Biden, demikian menurut laporan baharu oleh Moody’s Investors Service (Moody’s).

Dengan pergeseran perdagangan yang berterusan, Biden tidak mungkin akan membatalkan langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Trump terhadap China, kata penolong naib presiden dan penganalisis Nishad Majmudar dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa Moody’s berharap agar Biden menerima usaha Kesatuan Eropah baru-baru ini mengenai penggunaan pendekatan trans-Atlantik secara bersama terhadap China mengenai isu-isu tertentu, dan pada masa sama mencari bidang kerjasama dengan Presiden China Xi Jinping.

“Kami menjangkakan pendekatan pelbagai hala Biden terhadap China tidak akan menghentikan peralihan struktur yang sedang dilaksanakan, termasuk sekatan rantaian bekalan dan penyatuan ekonomi global menjadi tiga blok yang berbeza, dengan potensi kesan kredit negatif ke atas syarikat multinasional dan berorientasikan eksport,” tambah Majmudar.

Di luar China, beliau berkata dasar Biden mungkin lebih ke arah menyemak kembali pendekatan “pivot to Asia” yang diguna pakai oleh bekas presiden Barack Obama, bertujuan untuk meningkatkan hubungan diplomatik dan pelaburan dengan rantau itu.

Namun, peningkatan penglibatan Biden di Asia akan berhadapan cabaran daripada pemusatan China yang kian berkembang di rantau ini, dan boleh mengakibatkan negara-negara menghadapi pilihan antara memperkuat hubungan keamanan dengan AS atau mempererat hubungan ekonomi dengan China.

Sementara itu, kemungkinan tumpuan yang kian ketara terhadap inisiatif dasar iklim di bawah pentadbiran Biden akan meningkatkan risiko kredit jangka panjang untuk sektor perindustrian yang menonjol di kebanyakan negara Asia, terutamanya tenaga, automotif, minyak dan gas, dan keluli.

“Begitu juga, pengawal selia kewangan AS mungkin lebih cenderung mengikuti usaha Eropah ke arah penzahiran kewangan yang lebih besar mengenai risiko alam sekitar, yang boleh menimbulkan tekanan bagi pengawal selia Asia untuk ikut serta,” katanya.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In