• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Keuntungan Di Kaunter Top Glove Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengenepikan trend menurun pasaran serantau yang lain untuk ditutup tinggi petang ini, disokong oleh keuntungan membabitkan kaunter berwajaran tinggi, terutamanya Top Glove.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.81 mata untuk mengakhiri sesi petang pada 1,631.7.

Indeks utama kekal positif sepanjang hari, bergerak antara 1,624.95 dan 1,631.72.

Dengan menyumbang 7.79 mata kepada indeks komposit, Top Glove berjaya menyelamatkan Bursa Malaysia daripada menyertai rakan serantau yang lain, selepas meningkat 49 sen atau 7.42 peratus kepada RM7.09, dengan 85.25 juta saham bertukar tangan.

Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu dijangka mengumumkan keputusan kewangan untuk tempoh sukuan esok.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 652 berbalas 594, sementara 460 kaunter tidak berubah, 417 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Bercakap kepada Bernama, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kebanyakan pelabur beralih ke kaunter saham mewah yang mempunyai permodalan lebih besar di celah-celah jangkaan pemulihan ekonomi berikutan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11.26 bilion saham bernilai RM6.39 bilion daripada 16.5 bilion saham bernilai RM7.23 bilion pada hari Isnin.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega naik 22 sen kepada RM14.66, IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM5.55 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.60.

Maybank turun tiga sen kepada RM8.24, sementara Public Bank dan Tenaga masing-masing susut 14 sen kepada RM18.46 dan RM10.76.

Antara kaunter paling cergas pula, P.A. Resources dan AT Systematization masing-masing menokok setengah sen kepada 18.5 sen dan 19.5 sen, sementara Inix turun enam sen kepada 44 sen dan Metronic menyusut 1.5 sen kepada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 53.46 mata kepada 11,815.79, Indeks FBMT 100 menambah 53.62 mata kepada 11,568.63 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 104.3 mata kepada 13,599.88.

FBM 70 meningkat 36.59 mata kepada 15,367.54 dan FBM ACE melonjak 210.43 mata kepada 10,857.69.

Sementara itu, Indeks Perladangan naik 12.99 mata kepada 7,369.71, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 64.02 mata kepada 14,564.36 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 175.52.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 6.96 bilion saham bernilai RM4.98 bilion daripada 10.94 bilion saham bernilai RM5.83 bilion pada hari Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 912.33 bilion unit bernilai RM162.65 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM175.02 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 3.38 bilion saham bernilai RM1.25 bilion daripada 4.49 bilion saham bernilai RM1.22 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 847.59 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.52 bilion), pembinaan (530.07 bilion), teknologi (459.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (158.02 juta), hartanah (1.04 bilion), perladangan (162.61 juta), REIT (9.31 juta), dana tertutup (26,800), tenaga (633.89 bilion), penjagaan kesihatan (139.83 juta), telekomunikasi dan media (57.04 juta), pengangkutan dan logistik (296.93 juta) dan utiliti (100.49 juta).

Sementara itu, urus niaga saham FGV Holdings Bhd telah digantung mulai jam 4.15 petang, sementara menunggu pengumuman penting.

“Oleh itu, waran berstruktur berkaitan dengan FGV turut digantung pada waktu yang sama,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

– BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In