• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi kebanyakan bursa serantau.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.16 mata kepada 1,622.10 daripada 1,628.26 semasa ditutup pada Khamis, didorong oleh kaunter berkaitan penjagaan kesihatan dan perladangan.

Indeks dibuka rendah 0.35 mata kepada 1,627.91, dan berada antara 1,628.82 dan 1,618.75 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 701 berbanding 473, manakala 427 kaunter tidak berubah, 532 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 8.85 bilion unit bernilai RM3.64 bilion.

Pasaran serantau kebanyakannya rendah dengan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.16 peratus kepada 26,686.54 dan Indeks SSE Shanghai merosot 0.35 peratus kepada 3,430.03, manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.33 peratus kepada 2,831.59.

CGS-CIMB berkata Disember telah menjadi bulan yang positif untuk FBM KLCI dan menjangka trend yang sama akan berterusan pada tahun ini berdasarkan keyakinan terhadap pendapatan korporat dan prospek pertumbuhan ekonomi dengan terdapat vaksin COVID-19 pada 2021.

“Sasaran KLCI akhir tahun 2020 kami sebanyak 1,628 mata menunjukkan KLCI akan mencatatkan kenaikan 4.2 peratus bulan ke bulan pada Disember.

“Jika sasaran dicapai, ini akan membawa kepada kenaikan 2.5 peratus daripada 1,589 mata pada 2019,” katanya dalam nota.

Katanya perkembangan penting yang perlu diberi perhatian pada Disember ialah pembangunan vaksin COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, serta undian akhir bagi Belanjawan 2021 minggu depan.

Sementara itu, seorang penganalisis berkata kebanyakan kaunter berkaitan penjagaan kesihatan merosot berikutan optimisme mengenai vaksin COVID-19 mempengaruhi sentimen terhadap saham sarung tangan seperti yang dapat dilihat dalam Top Glove, Hartalega dan Supermax, yang tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada FBM KLCI.

Beliau berkata pelabur dilihat beralih kepada saham seperti kewangan dan hartanah.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, tujuh kaunter positif, manakala yang lain kebanyakannya rendah.

Top Glove merosot 15 sen kepada RM6.63, IHH susut sembilan sen kepada RM5.41 dan Hartalega berkurangan 16 sen kepada RM14.50.

Petronas Gas susut 10 sen kepada RM17.32 dan Telekom Malaysia turun 20 sen kepada RM5.17.

Dalam kalangan saham cergas, Yong Tai meningkat enam sen kepada 35.5 sen, Ho Wah naik 11.5 sen kepada 96 sen, manakala Metronic menambah dua sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 28.43 mata kepada 11,729.41, Indeks FBMT 100 merosot 28.91 mata kepada 11,483.23 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 80.72 mata kepada 13,456.76.

FBM 70 naik 19.07 mata kepada 15,186.45 dan FBM ACE berkurangan 27.04 mata kepada 10,711.68.

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.55 mata kepada 172.40, Indeks Perladangan jatuh 28.60 mata kepada 7,345.55, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.9 mata kepada 14,591.77.

— BERNAMA 

Share258ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In