Salah satu cara untuk kita menilai prestasi sesebuah syarikat adalah dengan membandingkan komponen-komponen kewangan syarikat dengan pesaingnya yang lain di dalam industri yang sama. Kita juga boleh membuat perbandingan terus dengan industri itu sendiri. Ini kerana, industri tersebut mempunyai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat yang kita ingin kaji.
Untuk membandingkan prestasi di antara syarikat, penggunaan nisbah adalah kaedah yang paling baik kerana penggunaan nisbah ini akan menghapuskan diskriminasi saiz di antara syarikat. Dengan adanya nisbah ini, tiada masalah untuk kita membuat perbandingan di antara syarikat yang mempunyai saiz yang berbeza.
Nisbah yang kita akan gunakan juga perlu dikategorikan kepada beberapa bahagian untuk membuat penilaian yang lebih bersasar. Di antara kategorinya adalah nisbah aktiviti (activity ratio), nisbah kecairan (liquidity ratio), nisbah kesolvenan (solvency ratio) dan juga nisbah keuntungan (profitability).
Kali ini, kita akan mengkaji Dayang dan menilaikan syarikat ini berbanding industrinya dengan menggunakan maklumat nisbah yang diperolehi daripada Investing.com.
Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang) (5141)
Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang) merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor Oil and Gas di Malaysia. Syarikat ini tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan modal pasaran terkini yang bernilai RM1.23 bilion. Syarikat ini terlibat di bahagian downstream oil and gas dengan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan untuk syarikat-syarikat pencari minyak di Malaysia.
Nisbah Aktiviti Syarikat
Nisbah ini digunakan untuk melihat kecekapan syarikat menguruskan aset yang dimiliki. Nisbah ini juga dikenali sebagai nisbah kecekapan operasi dan juga nisbah kemanfaatan aset syarikat. Di antara nisbah aktiviti yang akan digunakan untuk kajian ini adalah nisbah Inventory Turnover, Asset Turnover dan Receivable Turnover.

1. Asset Turnover Ratio
Nisbah ini digunakan untuk mengukur pendapatan syarikat yang berjaya dijana dengan aset yang dimiliki. Nisbah ini diukur mengikut industri masing-masing. Memandangkan industri pembuatan melibatkan modal yang besar, biasanya ia akan menghasilkan nisbah menghampiri nilai satu, manakala industri runcit akan menghasilkan nisbah menghampiri 10.
Nisbah ini sangat baik jika jumlahnya menghampiri jumlah nisbah industrinya. Jika nilainya terlalu kecil, bermakna modal syarikat terikat kepada asetnya. Jika nilainya terlalu besar berbanding industri pula, ianya bermakna syarikat memiliki aset yang terlalu sedikit untuk mempunyai potensi menjana pendapatan.
Untuk syarikat Dayang ini, kita dapat lihat bahawa nisbah Asset Turnover-nya adalah sebanyak 0.30 dan nisbah industri pula sebanyak 0.39. Perbezaannya hanya kurang 0.09 mata berbanding dengan nisbah industri. Nilai nisbah Dayang masih boleh dianggap relevan dengan industri oil & gas.
2. Inventory Turnover Ratio
Nisbah ini adalah untuk mengukur kecekapan syarikat memproses bahan persediaan (inventory). Nisbah ini adalah sangat baik jika mempunyai nilai yang hampir dengan nilai nisbah industri. Jika terlalu tinggi, ini bermakna syarikat bakal menghadapi kehabisan stok untuk dijual dan akan menjejaskan hasil jualan di masa hadapan. Jika terlalu rendah pula, bahan persediaan syarikat terlalu banyak dan dikhuatiri akan menjadi usang atau rosak.
Nilai nisbah Inventory Turnover Dayang adalah sebanyak 72.82 manakala nisbah untuk industri pula adalah 197.57. Jarak nisbah Dayang agak jauh berbeza berbanding nisbah industri dengan perbezaan sebanyak 124.75 mata.
Ini menunjukkan bahawa terdapat lebihan inventory syarikat berbanding industri. Lebihan ini mungkin impak daripada permintaan minyak yang berkurangan pada tahun 2020 ini.
Namun, perniagaan Dayang lebih tertumpu kepada servis perkhidmatan dan dan lambakan bahan mentah yang diperolehi bukanlah masalah besar kepada syarikat ini.
3. Receivable Turnover Ratio
Nisbah ini menunjukkan tempoh pungutan hutang daripada penghutangnya. Nisbah yang baik adalah yang hampir dengan nisbah industri. Jika nisbah ini terlalu tinggi, ini bermakna syarikat mempunyai polisi pemberian hutang yang sangat ketat. Ini dikhuatiri akan menjejaskan jualan syarikat. Sebaliknya jika nilai ini terlalu rendah pula, polisi pemberian hutang syarikat terlalu longgar dan penghutang mengambil masa yang terlalu lama untuk melangsaikan hutang mereka.
Jika dibandingkan nisbah Dayang dengan industri, nisbah receivable turnover Dayang tidak jauh beza dengan nisbah industri. Ini bermakna polisi pemberian hutang Dayang adalah relevan dan berdaya saing.
Nisbah Kecairan Syarikat
Nisbah ini pula adalah untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya dalam jangka masa pendek. Antara nisbah kecairan yang akan digunakan adalah Current Ratio.

4. Quick Ratio dan Current Ratio
Semakin tinggi kedua-dua nilai nisbah ini, semakin baik ianya untuk syarikat. Jika nilai nisbah ini kurang daripada satu, ini bermakna syarikat sedang mengalamai kekurangan modal dan syarikat bakal menghadapai masalah kecairan. Jika nilai nisbah ini lebih daripada satu pula, ianya bermakna syarikat tidak menghadapi masalah untuk memenuhi tuntutan jangka masa pendeknya.
Nilai nisbah Dayang untuk Quick dan Current Ratio adalah 2.56 dan 2.58 hampir seganda dengan nisbah industri. Berdasarkan nisbah kecairan syarikat ini, Dayang mempunyai kadar kecairan yang tinggi berbanding industri. Ini merupakan sesuatu perkara yang baik untuk pelabur dan juga syarikat ini sendiri.
Nisbah Kesolvenan Syarikat
Nisbah ini pula bertujuan untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya untuk jangka masa panjang. Nisbah yang akan digunakan adalah Long Term Debt to Equity Ratio dan Total Debt to Equity Ratio.

5. Long Term Debt To Equity dan Total Debt Equity
Kedua-dua nisbah ini pula digunakan untuk melihat kebergantungan syarikat kepada pembiayaan kos tetap mereka. Semakin tinggi nilai nisbah ini, bermakna tahap kebergantungan syarikat kepada hutang adalah tinggi.
Kedua-dua nisbah Dayang ini menunjukkan jumlah nisbah yang rendah jika dibandingkan dengan industri. Perbezaan kedua-dua nisbah ini berbanding industri melebihi 30 dan 40 mata ke atas. Ini bermakna, kadar kebergantungan hutang oleh syarikat Dayang adalah rendah dan ini merupakan satu petanda yang baik untuk syarikat Dayang.
Nisbah Keuntungan Syarikat
Nisbah keuntungan adalah untuk mengukur prestasi syarikat yang berkaitan dengan pendapatan, aset, ekuiti dan modal syarikat. Antara nisbah yang akan dikaji adalah nisbah Gross Profit Margin, Return on Asset dan Return on Equity.

6. Gross Margin
Nisbah Gross margin ini adalah untuk melihat perolehan kasar syarikat. Nilai ini biasanya boleh meningkat sekiranya syarikat meningkatkan harga jualan mereka atau mengurangkan kos operasi mereka.
Untuk Dayang, nilai nisbah Gross Margin-nya adalah 41.94% dan nisbah industri pula hanyalah sekitar 19.03%, berbeza sebanyak 22.91 mata. Perbezaan nilai ini adalah agak ketara berbanding industri. Ini bermakna prestatsi syarikat ini adalah lebih baik berbanding industrinya.
7. Return on Equity
Nisbah ini adalah untuk melihat pendapatan yang syarikat mampu jana dengan modal yang dilaburkan. Jika nilai ini lebih tinggi adalah lebih baik.
Untuk Dayang, nilai ROE syarikat ini sangat baik iaitu sebanyak 8.4% jika hendak dibandingkan dengan industri yang mempunyai nilai yang negatif. Syarikat ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM8.23 daripada setiap RM100 yang dilaburkan oleh pelabur, sedangkan purata pesaing yang lain mampu menjana ROE yang negatif untuk setiap RM100 yang dilaburkan.
8. Return on Assets (ROA)
Nisbah ROA pula adalah untuk melihat pendapatan yang mampu dijana oleh syarikat dengan modal yang dilaburkan oleh pelabur awam, pelabur terpilih (preferred stockholder), pembekal dan juga daripada pembiayaan hutangnya. Sama seperti ROE, nilai yang lebih tinggi adalah lebih baik.
Nisbah ROA syarikat Dayang juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan nisbah industri. Dayang mampu menjana sebanyak 3.91% pendapatan dengan setiap RM1 yang dilaburkankan. Sedangkan purata pesaing mereka yang lain hanya mampu menjana sebanyak 0.62% pulangan pendapatan sahaja
Rumusan
Daripada kajian yang dibuat di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Dayang mempunyai:

Adakah anda ingin melabur ke dalam syarikat Dayang selepas membuat perbandingan nisbah ini?
Jemput baca 8 Perbandingan Nisbah JHM Consolidation Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)