• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor

in Catalyst
A A
JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — JF Technology Bhd (JF Tech) berkata penggunaan teknologi 5G di seluruh dunia yang bakal menjadi pembawa perubahan akan mencipta peralihan paradigma menerusi antara lainnya pembangunan kecerdasan buatan (AI), kemajuan pemanduan tanpa pemandu dan penjagaan kesihatan, yang akan mencetuskan gelombang permintaan amat besar bagi generasi seterusnya.  

Pengarah Urusannya Datuk Foong Wei Kuong berkata ia menyediakan peluang besar kepada syarikat itu dan Malaysia untuk meningkatkan rantaian nilai semikonduktor dan seterusnya mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi bagi penduduk tempatan. 

“Pada masa depan prospek bagi kumpulan kekal positif apabila industri semikonduktor global dijangka terus berada dalam aliran meningkat.

“Tumpuan kumpulan sekarang adalah untuk menggerakkan pemacu pertumbuhan. Produk 5G baharu kami telahpun berada di pasaran dan kami menjangka jualan akan meningkat. 

“JF Tech akan terus mengembangkan harta intelektual kami yang merupakan satu daripada pembezaan utama kami,” katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa maya syarikat itu, di sini, hari ini. 

Foong berkata syarikat itu telah memfailkan 63 paten di pelbagai negara yang mana 16 daripadanya adalah bagi aplikasi pengujian 5G.

Mengenai perkembangan korporat, JF Tech menimbang untuk memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd tahun depan.

“Kami teruja dengan prospek masa depan kami. Dengan kepakaran teknikal dan rekod prestasi kukuh kami, kami yakin dapat melaksanakan pelan kami,” katanya.

Sementara itu semasa mesyuarat hari ini, pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan dan cadangan terbitan saham bonus dengan waran percuma, bagi asas tiga saham bonus bersama dengan dua waran percuma bagi setiap saham sedia ada yang dipegang. 

Tarikh kelayakan terbitan saham bonus dengan waran percuma itu akan diumumkan kemudiannya kelak dan dijangka selesai pada suku pertama tahun depan. 

JF Tech membayar jumlah dividen 1.5 sen sesaham pada September bagi tahun fiskal yang berakhir 30 Jun, 2020, peningkatan tiga kali ganda daripada 0.5 sen sesaham pada tahun fiskal 2019.

Syarikat itu mengeluar dan membekalkan produk kuar uji dan soket uji kepada industri semikonduktor global.

— BERNAMA

Share303ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In