• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021

in Catalyst
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

 KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Pemulihan permintaan dalam industri minyak dan gas masih lemah berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 manakala penawaran minyak dijangka kekal berlebihan sehingga separuh pertama 2021, menurut penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Minyak mentah Brent pula diunjurkan berharga pada purata US$51 setong tahun depan, katanya.

Menerusi nota penyelidikan mengenai Unjuran Sektor Minyak dan Gas 2021 hari ini, bank pelaburan itu menjelaskan pandemik global telah mengakibatkan permintaan minyak mentah dunia susut sebanyak 30 peratus dalam tempoh beberapa bulan pertama penularannya.

Menurutnya, permintaan itu bagaimanapun masih belum pulih pada tahap sebelum COVID-19 melanda.

“Kami berpandangan harga minyak mentah akan terus diniagakan di antara US$45 dengan US$50 setong pada separuh pertama 2021. Kami menjangkakan pemulihan besar-besaran berlaku pada separuh kedua 2021, sekiranya pandemik dapat dikekang sebaik mungkin di seluruh dunia dan vaksin berjaya dibangunkan,” katanya.

Menurutnya, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka terus mengehadkan penawaran sehingga 2021, dan langkah itu akan turut menstabilkan harga minyak pada separuh pertama 2021 manakala permintaan pulih secara berperingkat.

Bank pelaburan itu mengunjurkan pemulihan permintaan minyak mentah dicatatkan pada suku akan datang.

Bagaimanapun ia akan bergantung pada dasar perdagangan luar negara oleh presiden baharu yang dipilih Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, yang akan menentukan trajektori bagi perang perdagangan AS-China yang berpanjangan, yang ketika ini reda susulan COVID-19.

Secara keseluruhan, penyelidikan MIDF mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor huluan dan subsegmen hiliran memandangkan sektor ini akan terus rentan ekoran perkembangan berterusan pandemik.

Pengeluar minyak huluan serta penyedia perkhidmatan minyak dan gas mempunyai peranan penting untuk menyeimbangkan pertumbuhan masa depan selain kemampanan perniagaan dan pada masa sama mengharungi persekitaran operasi yang buruk sehingga 2021, katanya.

Sementara itu, AmInvestment Bank menerusi nota penyelidikan mengenai Sektor Minyak dan Gas mengekalkan unjurannya bagi 2020 pada US$40 hingga US$45 setong,  serta US$45 hingga US$50 setong pada 2021.

Ini disokong oleh inventori minyak mentah AS yang berkurangan sebanyak 10 peratus kepada 488 juta tong pada masa ini daripada paras tertinggi sepanjang masa 541 juta tong pada Jun tahun ini.

“Berlandaskan harga semasa minyak mentah Brent yang stabil di atas US$40 setong, kami yakin kitaran menurun telah mencapai tahap terendahnya apabila prestasi terburuk dicatatkan pada April tahun ini ketika harga Brent menjunam kepada US$14 setong sementara niaga hadapan berubah menjadi negatif yang luar biasa kerana kekurangan kapasiti penyimpanan,” katanya.

Bank pelaburan itu juga mengekalkan saranan ‘overweight’ bagi sektor ini, dengan syor ‘beli’ ke atas Yinson, Petronas Gas, Dialog Group, Serba Dinamik Holdings dan Bumi Armada.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In