• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, March 10, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Dijangka Tingkatkan Perbelanjaan Secara Berhemat

in Catalyst
A A
Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion Menjelang Akhir November

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dilihat meningkatkan perbelanjaan secara berhemat pada masa depan berikutan lembaran imbangan dan pendapatan yang merosot sedikit, serta peningkatan kepada komitmen pembayaran dividen, menurut Kenanga Investment Bank.

Katanya ini akan membawa kepada tahap aktiviti yang lebih rendah dan akan memberi impak kepada kontraktor tempatan yang mendapat kebanyakan pendapatannya di Malaysia seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd, Uzma Bhd dan Velesto Energy Bhd.

“Bagaimanapun, kami menyedari asas untuk pasaran minyak global masih lemah pada masa ini, dan penggiat di peringkat antarabangsa turut dijangka menyaksikan keseluruhan aktiviti yang rendah pada masa ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Petronas mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM3.4 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM7.4 bilion pada suku tahun sama tahun lepas, berikutan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan yang lebih rendah.

Kerugian susut nilai yang lebih tinggi ke atas aset dan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi berikutan penyahiktirafan aset cukai tertunda, terutamanya berikutan unjuran harga minyak dan gas yang lebih rendah, turut menjejaskan prestasi kewangannya.

Kumpulan itu mencatatkan perolehan berjumlah RM41.1 bilion, berkurangan 25 peratus daripada  RM55.1 bilion pada suku tahun sama tahun lepas, terutamanya disebabkan purata harga direalisasi yang rendah untuk produk utama.

Kenanga berkata kedudukan tunai bersih Petronas susut 17 peratus suku ke suku kepada RM61 bilion pada suku ketiga 2020.

Setakat ini pada tahun ini, kedudukan tunai bersih kumpulan telah merosot sebanyak 25 peratus sejak akhir tahun kewangan 2019. 

“Ini agak membimbangkan, terutamanya berdasarkan pada awal bulan ini telah diumumkan bahawa Petronas akan membayar dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan, selain dividen biasa sebanyak RM24 bilion, dalam usaha memerangi cabaran disebabkan pandemik COVID-19,” menurut Kenanga.

Katanya Petronas telah membayar sepenuhnya dividen biasa sebanyak RM24 bilion, dan RM2 bilion daripada dividen khas RM10 bilion.

Baki RM8 bilion dijangka akan dibayar pada suku keempat 2020.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Petronas telah diminta untuk membayar dividen khas. Tahun lepas, Petronas telah membayar dividen khas sebanyak RM30 bilion pada tahun kewangan 2019, menjadikan dividen pada tahun itu sebanyak RM54 bilion, katanya.

“Kami percaya komitmen berterusan untuk dividen yang lebih tinggi boleh menghalang pemulihan sektor ini di peringkat tempatan, terutamanya berdasarkan trend global penurunan dividen dalam kalangan syarikat minyak antarabangsa yang lain,” katanya.

Kenanga mengekalkan saranan neutral, walaupun, dalam trajektori pemulihan, kadar pemulihan dijangka perlahan dan berperingkat berikutan asas sektor ini yang masih lemah.

“Oleh itu, kami tidak menjangka untuk menyaksikan tahap aktiviti akan kembali kepada paras pada 2019 sekurang-kurangnya hingga 2023,” katanya.

Oleh itu, Kenanga mencadangkan pelabur yang berminat untuk mengguna pakai pendekatan dagangan terhadap sektor ini (berbeza dengan strategi pelaburan yang didorong secara asas), memilih nama dengan perbezaan standard yang tinggi untuk memanfaatkan galakan sentimen semasa berikutan aliran berita yang positif mengenai perkembangan vaksin COVID-19 baru-baru ini.

Kenanga berkata pilihan dagangannya termasuklah Uzma, Dayang dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Bhd, dengan pendirian kepada pengambilan untung ke atas sebarang keuntungan yang besar dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In