Sebelum kami menerangkan apa dan bagaimana “SECTORAL PLAY” ini terjadi, mungkin terdapat persoalan tentang sentimen harga yang berlaku di pasaran bursa pada hari ini. Antara persoalan-persoalan yang sering timbul adalah seperti berikut:
1) Kenapa kaunter vaksin dibuka dengan gap up tetapi pada penutup menjadi merah?
2) Kenapa sektor oil and gas yang sudah lama “tidur”, tiba-tiba naik mendadak dan membuat spikepada hari ini?.
Baiklah, sekarang kami akan menerangkan apa itu sectoral play dan kaitannya dengan sentimen harga yang berlaku di pasaran saham. Semoga terjawab persoalan-persoalan di atas selepas selesai membaca artikel ini.
Kita bayangkan bahawa pasaran saham merupakan sebuah pasar yang mempunyai banyak gerai. Jika kita ke pasar, pastinya kita akan menemui banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti gerai yang menjual ikan, daging , sayur-sayuran dan sebagainya . Gerai-gerai ini juga tidak akan berada pada tapak yang sama kerana masing-masing mempunyai ruang dan tapak mereka yang tersendiri.
Untuk memudahkan pemahaman kita, ketika musim perayaan, gerai ayam dan daging mendapat sambutan yang menggalakkan sementara gerai yang menjual sayur-sayuran kurang mendapat sambutan.
Sama seperti pasaran saham di Bursa Malaysia, gerai-gerai di pasaran biasa tadi dikenali sebagai sektor di Bursa Malaysia. Di antara sektor yang ada di pasaran saham adalah seperti sektor Oil and Gas, sarung tangan getah , teknologi dan sebagainya. Manakala musim perayaan pula boleh disamakan dengan sentimen semasa.
Jadi, kenapa kita perlu mengelakkan diri daripada membeli kaunter-kaunter berkaitan dengan minyak sewaktu pandemik Covid-19 sedang berlaku? Ini adalah kerana kaunter-kaunter yang berkaitan dengan minyak sedang berada dalam fasa “berehat” dan baru-baru ini baru kaunter yang berkaitan sektor ini bangun daripada tidur dan membuat spike . Jadi, kenapa perkara ini berlaku?
Ini berlaku kerana terjadinya sectoral play, oleh itu mari kita fahamkan apa yang dimaksudkan dengan sectoral play ini.
Indeks
Sebelum kita faham tentang sectorial play dengan lebih terperinci, kita perlu tahu apa itu kaunter indeks? Kaunter indeks adalah kaunter “ibu” kepada kaunter-kaunter berkaitan yang berada di bawahnya. Kebiasaanya, jika kaunter-kaunter indeks mengalami spike, maka kaunter-kaunter yang lain di dalam indeks yang sama akan mengikut jejak langkah yang sama.
Salah satu indeks yang wujud adalah indeks Tenaga atau ENERGY yang mewakili sektor minyak mentah dan gas asli.Indeks sesebuah sektor ini biasanya terdiri daripada top lima kaunter-kaunter saham yang mempunyai modal pasaran yang tertinggi. Untuk maklumat, kaunter yang kami gunakan ini bukanlah berdasarkan ranking semasa.

Senarai di atas adalah kaunter saham yang membuat spike mengikut indeks sektornya . Ada juga kaunter indeks yang membuat spike, tetapi pada kebiasaanya saham-saham yang lain di bawahnya akan mempunyai minat belian yang tinggi kerana pelabur lebih menumpukan kepada saham-saham indeks sahaja.

(Sumber : Trading View)
Berdasarkan carta, indeks tenaga telah membuat gap down pada bulan Mac 2020 dan berehat sehinggabulan Mei 2020. Setelah membuat fasa mendatar yang lama, terdapat kaunter saham di dalam sektor ini yang telah membuat gap up seperti HIBISCUS dan DAYANG.

(Sumber : Trading View)
DAYANG merupakan kaunter di dalam sektor tenaga yang telah memecahkan downtrend line pada 10 November 2020.
Di mana kita boleh dapatkan maklumat berkenaan sectoral play yang menyebabkan indeks tenaga ini membuat spike? Untuk mendapatkan maklumat tentang sectoral play ini, kita boleh menggunakan laman web Investing.com dan melihat pergerakan harga semasa minyak mentah crude dan brent.

Sumber: Investing.com
Kaunter-kaunter yang berkaitan dengan sektor minyak sedang membuat perubahan trendline disebabkan oleh indeks sektor tenaga yang membuat pergerakan yang sama. Perubahan trendline ini dikukuhkan lagi dengan perubahan positif kepada harga minyak mentah dunia seperti minyak brent dan crude. Jadi, inilah yang di namakan sectoral play.
Pelabur hendaklah peka terhadap catalyst dunia dan catalyst semasa yang akan mempengaruhi pasaran. Sektor minyak mentah ini dipengaruhi oleh perubahan keadaan ekonomi global.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai sentimen atau catalyst tempatan, kita boleh menggunakan laman web Malaysiastock.biz. Di sini, kita boleh melihat perkembangan semasa yang terjadi di dalam negara dan membuat penilaian untuk memilih sektor yang hendak kita laburkan. Kaunter-kaunter yangberada di dalam mood In Play.
Kaunter yang berada di dalam mood In Play ini adalah kaunter yang mempunyai minat belian yang tinggi disebabkan oleh sentimen semasa. Jika ditanya mengapa kaunter yang berkaitan vaksin membuat rally baru-baru ini ,ianya disebabkan berita tentang penemuan vaksin yang mempunyai keberkesanan sebanyak 90%. Namun terdapat beberapa isu tentang vaksin tersebut seperti suhu simpanan yang sesuai yang menyebabkan kemeriahan kaunter-kaunter berkaitan dengan vaksin ini tidak bertahan lama.
Kenaikan harga-harga saham berkaitan minyak pula adalah kerana kemenangan Presiden Amerika Syarikat yang baru, Joe Biden Kemenangan beliau merupakan stimulus positif kepada negara-negara yang berkaitan dengan OPEC. Negara-negara yang terlibat dalam perjanjian OPEC ini adalah merupakan negara-negara pengeluar minyak utama di dunia. Polisi-polisi yang dibawa oleh Joe Biden ini dilihat sangat mesra kepada ekonomi dunia berbanding polisi yang dibawa oleh Donald Trump yang lebih mengutamakan ekonomi Amerika Syarikat semata-mata.
Di antara perubahan lain pula adalah dengan pembukaan sempadan China untuk rakyat Malaysia. Sempadan Arab Saudi juga sudah dibuka kepada orang ramai untuk menunaikan umrah. Oleh itu, kita tahu bahawa sektor penerbangan akan mula beroperasi secara berperingkat sebelum dibuka sepenuhnya tak lama lagi.
Sektor penerbangan ini sangat berhubung kait dengan sektor minyak kerana sektor ini merupakan sektor yang menggunakan minyak pada skala yang besar. Oleh itu, sebab-sebab inilah yang menjadi catalyst kepada perubahan fasa aliran kaunter-kaunter yang berkaitan dengan sektor minyak.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)