• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata hasil turut berkurangan 12.1 peratus kepada RM11.10 bilion daripada RM12.64 bilion sebelum ini.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2020, syarikat utiliti itu merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM2.38 bilion disokong oleh perolehan RM33.65 bilion berbanding keuntungan bersih RM3.88 bilion dan perolehan RM38.76 bilion sebelum ini.

Perolehan bagi tempoh tersebut berkurangan sebanyak 13.2 peratus, terutamanya susulan lebihan pemulihan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM1.47 bilion berbanding kedudukan di bawah pemulihan dalam tempoh sebelum ini serta penyusutan jualan elektrik sebanyak 6.5 peratus.

“Sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan oleh penyusutan segmen pelanggan komersial dan perindustrian yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

“Berikutan itu, keuntungan operasi susut 13.9 peratus kepada RM5.90 bilion daripada RM6.85 bilion,” katanya.

Mengulas prospek, TNB menjangkakan pemulihan secara beransur-ansur terhadap prestasi kumpulan bagi baki suku tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

“Ini disokong oleh pelancaran pakej-pakej rangsangan kerajaan terutamanya Bantuan Prihatin Rakyat dan mengekalkan momentum aktiviti-aktiviti perniagaan.

“Kumpulan telah mengambil langkah-langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikannya kekal berdaya tahan,” kata TNB.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In