• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia kekal positif ketika mengakhiri sesi dagangan pagi sementara para pelabur masih menantikan perkembangan selanjutnya menjelang sesi undian Belanjawan 2021 tengah hari ini.

Setakat pukul 12.30 tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.26 mata kepada 1,601.84 berbanding 1,597.58 ketika ditutup semalam.

Pasaran dibuka tinggi sedikit sebanyak 0.11 mata kepada 1,597.69 sebelum jatuh seminit kemudian dan seterusnya kembali ke zon positif.

Jurang antara kaunter untung dan rugi mengecil dengan 554 berbalas 481 sementara 790 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.16 bilion unit bernilai RM1.98 bilion.

Seorang penganalisis berkata trend menaik di FBM KLCI dipacu oleh pelabur institusi yang akan memberikan sedikit sokongan kepada indeks sekiranya berlaku penyesuaian ke atas Belanjawan.

“Sekiranya terdapat berita positif sebelum sesi undian, pasaran akan terus meningkat. Kalau digabungkan dengan persekitaran ekuiti global yang lebih baik, KLCI memang cenderung untuk bergerak tinggi, tetapi ia bergantung sepenuhnya kepada pungutan suara yang bakal menentukan hala tuju belanjawan itu,” kata beliau.

Di Bursa Malaysia, Top Glove melonjak 27 sen kepada RM6.92, dirangsang oleh belian balik saham, diikuti oleh Telekom Malaysia yang menambah 18 sen kepada RM5.02, IHH naik empat sen kepada RM5.60 dan Axiata meningkat tiga sen kepada RM3.35.

Dalam kalangan saham paling cergas, Vivocom turun 14 sen kepada 71.5 sen, AT Systematization naik dua sen kepada 19 sen dan Xidelang tidak berubah pada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 42.95 mata pada 11,483.02, Indeks FBMT 100 menokok 41.34 mata kepada 11,271.20, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 104.39 mata kepada 13,198.30 dan FBM 70 megembang 98.44 mata kepada 14,638.02.

FBM ACE naik 58.66 mata kepada 10,638.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.27 mata kepada 158.88, Indeks Perladangan turun 2.20 mata kepada 7,311.33, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 65.59 mata kepada 14,161.82.

– BERNAMA

Share374ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In