• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

in Catalyst
A A
Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Top Glove Tan Sri Lim Wee Chai juga menyifatkan perniagaan itu kekal kukuh dalam jangka panjang manakala potensi saham-saham syarikat itu bergantung kepada pendapatan dan prestasinya.

“Harga saham syarikat telah mencatat prestasi yang baik sejak 11 bulan lepas. Hanya baru-baru ini kami berdepan cabaran dan berharap ia bersifat sementara agar keadaan dapat kembali kepada sebelumnya.

“Dari segi perkembangan vaksin COVID-19, sarung tangan pemeriksaan ini diperlukan bagi tujuan suntikan vaksin tersebut.

“Oleh itu, dunia perlu menghasilkan tujuh bilion vaksin yang pastinya memerlukan tujuh bilion pasang sarung tangan,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Di sebalik jangkaan peningkatan permintaan, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu terpaksa bertindak menutup beberapa kilangnya berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerjanya.

Malah, sejumlah 20 kilang syarikat itu ditutup sementara manakala lapan lagi masih beroperasi yang menyebabkan pengeluarannya berkurangan sebanyak 10-20 peratus.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan sebelum ini mendakwa ini keadaan itu disebabkan oleh persekitaran asrama pekerja yang teruk, namun disangkal oleh Lim.

“Kami mengalu-alukan beliau untuk berkunjung semula ke sini. Ini kerana, sejak kunjungan beliau sebelum ini, keadaan (penginapan) pekerja telah dipertingkatkan apabila kami menambah peruntukan untuk penambahbaikan kemudahan itu dengan cepat.

“Oleh itu, kami amat terkejut dengan komen sedemikian. Kami perlu jelaskan dengan kementerian bagi mengenal pasti ruang yang memerlukan perhatian serta cara untuk mengatasinya,” katanya.

Ditanya sama ada bilangan kes jangkitan yang tinggi itu turut menyebabkan sarung tangan tercemar, Lim berkata itu sukar berlaku berikutan persekitaran kilang dengan suhu antara 30-40 darjah Celsius. 

“Suhu dalam ketuhar sahaja adalah sekitar 110 darjah Celsius dan virus COVID-19 tidak dapat bertahan dalam keadaan panas. Dari segi pembungkusan sarung tangan, para pekerja kami dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri dan tiada sentuhan langsung dengan sarung tangan.

“Apabila bungkusan ini dihantar menerusi kontena, suhunya juga panas iaitu lebih 40 darjah Celsius dan penghantaran menerusi kapal ke Eropah dan negara-negara lain memakan masa selama sebulan. Sudah pasti tidak berlaku sebarang pencemaran,” katanya.

Saham-saham Top Glove terus susut susulan laporan yang mengesahkan bahawa 20 kilang di Klang, Selangor, akan ditutup sementara susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja.

Malah, harga saham pengeluar sarung tangan itu merosot kira-kira 30 peratus sejak awal November lepas.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In