• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Malakoff Bagi Suku Ketiga Susut Kepada RM50.8 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Malakoff Bagi Suku Ketiga Susut Kepada RM50.8 Juta

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept 2020 susut kepada RM50.80 juta daripada RM94.49 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehannya bagi suku di bawah kajian itu turut turun 20.2 peratus kepada RM1.48 bilion daripada RM1.86 bilion pada tahun sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kemerosotan perolehan itu  terutamanya disebabkan bayaran tenaga lebih rendah daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd ekoran faktor penghantaran yang rendah, selain penurunan harga arang batu sebenar (ACP) daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd.

Bagaimanapun, menurutnya, ini sebahagiannya diimbangi oleh sumbangan perolehan daripada Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat yang baharu diambil alih.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menjangkakan prestasi keseluruhannya kekal memuaskan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2020.

Katanya, pengumuman dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini mengenai perkembangan projek pengagihan bekalan elekrik di kawasan luar bandar dan lanjutan skim pembiayaan berjumlah RM2 bilion dalam teknologi hijau adalah sesuatu yang baik kepada syarikat tenaga.

Malah, peruntukan besar sebanyak RM500 juta untuk perkhidmatan alam sekitar dan pengurusan sisa mewujudkan peluang perniagaan kepada Alam Flora.

Syarikat itu berkata, ia juga akan memperluaskan kedudukannya dalam pengurusan sisa menerusi penglibatan dalam loji sisa kepada tenaga, biogas dan tenaga biojisim.

Bagaimanapun, katanya, memandangkan ketidaktentuan yang meningkat terhadap kepantasan pemulihan ekonomi, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan untuk menambah baik kecekapan operasi lojinya dan langkah penjimatan kos dalam tempoh yang mencabar ini.

— BERNAMA

Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In