• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kebimbangan Sesi Undian Belanjawan 2021

in Berita
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan kebimbangan terhadap sesi undian kelulusan Belanjawan 2021 pada Khamis ini.

Pada 9.17 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.75 mata kepada 1,593.73 daripada 1,597.48 ketika ditutup semalam.

Kaunter untung dan rugi masing masing ialah 322 dan 388 manakala 409 kaunter tidak berubah, 1,257 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.62 bilion bernilai RM785.67 juta.

Malacca Securities dalam nota penyelidikan hari ini berkata FBM KLCI telah diniagakan dalam keadaan kurang memberangsangkan berikutan indeks utama diuji semula pada paras psikologi 1,600.

“Memandangkan ketiadaan kegiatan belian, kami berpendapat bursa tempatan akan bersedia untuk pengukuhan yang selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, pada masa yang sama, suasana yang tidak pasti ke atas sesi undian kelulusan Belanjawan 2021 turut menyebabkan pelabur sentiasa berwaspada.

Sementara itu, sektor tenaga muncul sebagai sektor berprestasi terbaik ketika dibuka berikutan minyak mentah Brent meningkat kepada paras tertinggi dalam masa lapan bulan susulan keyakinan di peringkat global.

Bloomberg melaporkan harga minyak global mencapai paras tertinggi sejak Mac ekoran harapan kepada pelaksaaan vaksin dalam beberapa minggu ini yang mencerminkan unjuran penggunaan bahan api.

“Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 2.5 peratus di London susulan peningkatan pasaran lebih meluas selepas AstraZeneca Plc menjadi syarikat terbaharu yang memaklumkan vaksin yang melindungi kebanyakan orang.

“Prospek rawatan mula membentuk semula keluk niaga hadapan minyak dengan sebahagian harga dalam masa terdekat meningkat semula melebihi tarikh yang akan datang, struktur peningkatan yang dikenali sebagai bayaran tangguh serah yang memberi isyarat kepada pelabur untuk menjangkakan bekalan dan penawaran akan kembali seimbang,” katanya.

Pada 9.30 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$46.03 setong.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Top Glove mendahului kaunter rugi apabila merosot 43 sen kepada RM6.92 susulan berita penutupan sementara kilangnya apabila para pekerja djangkiti COVID-19.

Ini diikuti Petronas Dagangan yang turun 92 sen kepada  RM21.18 dan Hap Seng Consolidated yang jatuh 13 sen kepada RM8.36. 

Dalam kalangan saham aktif, Pegasus Heights tidak berubah pada 30 sen, Vivocom berkurangan 23 sen kepada 99 sen dan P.A resources susut 1.5 sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 21.80 mata kepada 11,468.87, Indeks FBMT 100 turun 22.80 mata kepada 11,468.87,Indeks FBM Emas Shariah susut 58.14 mata kepada 13,211.50 dan FBM 70 turun 15.42 mata kepada 14,761.15.

FBM Ace turun 109.97 mata kepada 10,960.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.48 mata kepada 159.40, Indeks Perladangan turun 0.29 mata kepada 7,341.07, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 64.23 mata kepada 14,034.97.

— BERNAMA

Share313ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In